keep update with us on facebook!

Monday, September 28, 2009

sepi seorang perantau

"berkecamuk..."

mungin perkataan itu mampu mendefinisikan diri aku sekarang. disaat aku cuba menggarabkan sesuatu di sini, hati ini baru sahaja terkesan dek satu cerpen yang baru sahaja selesai dibaca. Realitinya sudah jelas dan nyata tapi cuma diri ini yang kerap terleka dan buat-buat lupa.

sebernarnya tiada apa yang ingin dikongsikan cuma jari jemari ini yang degil untuk terus menaip sebelum aku berangkat pulang ke kolej. siapa tahu ini mungkin tinta terakhir..??

yang pastinya kepala ini selalu sahaja merencanakan sesuatu walaupun kadangkala ianya tampak mustahil untuk dilaksanakan tapi berputus asa sebelum mencuba bukanlah penyelesaian terbaik. setelah disemak dan diteliti, sudah banyak yang gagal tetapi apa yang dinamakan "revolusi" masih lagi berterusan. aku pun tidak pasti sama ada jalan yang dipilih ini tepat ataupun tidak namun aku tetap optimis dan terimalah apa sahaja ketentuan-Nya kerna Allah itu sebaik-baik perancang.

setelah meluangkan banyak masa,diharapkan ianya berbaloi dan capai objektifnya. walaupun kadangkala jika difikirkan semula ianya tidak perlu tapi ianya sekadar langkah berjaga-jaga agar tidak ada yang tersalah sangka. moga 'step' seterusnya akan berjalan lancar dan impaknya positif, bukan negatif.

maaf sekiranya apa yang diungkapkan menyinggung sesiapa. fitrah manusia tak lekang dek melakukan kesilapan.

rasanya itu sahaja kot sesi 'merapu' untuk kali ini tapi setiap bait yang diungkapkan ada sebab dan 'targetnya'. mohon undur diri.

~pergi membawa diri...

-mfr5071-

Friday, September 25, 2009

semua dalam satu

memang menjadi hobi ini untuk ber'jaulah' ke mana sahaja yang termampu. Ku gagahkan kaki ini untuk menapak ke sebuah tempat nan indah lagi permai. Mungkin udara tak sesegar desa yang dikelilingi flora menghijau,tapi teriknya mentari sudah cukup untuk menaut hati ini dengan persekitarannya. Secara fizikalnya tempat ini sedang galak menikmati arus urbanisasi. Yang separuh kini sudah penuh, yang "lopek" kini sudah canggih dan yang tiada kini sudah ada. Aku tersenyum kadangkala jeles pon ada.

langkah kaki ini menjadi semakin bersemangat. Beramah mesra dan diselangi dengan gelak tawa sedikit menghilangkan letih perjalanan sebentar tadi. Pelbagai cerita dikongsi dan beberapa respon diteliti untuk diselami dan diubati.

setelah menunaikan kewajipan diri ini bersandar di suatu sudut. "sukar..." hanya itu yang terpacul dari mulut ini sewaktu bermonolog sendirian.

Namun aku bingkas bangun meneruskan hariku. Orang bertanya kita menjawab dan bercerita. Benar, erti hidup pada memberi. Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya. Mataku tertancap pada sesuatu yang kiranya sejuk mata memandang. Hati ini terdetik untuk berdoa moga ianya berkekalan. Bukankah setiap yang berlaku itu hanya dengan kehendak Allah. Aku terus berbicara dengan orang disekelilingku. Bicara hati ke hati ini diharapkan akan terkesan dan memberi impak yang maksima. Walaupun kadangkala hati ini seolah dihinjak dek berita yang tak disangka. "astaghfirullah..." hanya itu yang mampu diucap.

Sejam. Mungkin lama bagi adik-adik yang sedang menanti waktu berbuka. Namun tempoh itu hanya sekejap bagi dua insan yang sedang asyik berkongsi cerita suka dan duka. Inilah kisah dua sahabat yang seusia dan berkongsi cita-cita.

Malamku di situ ku isi dengan pelbagai perkara. Tapi halnya tetap sama, 'bercerita dan berkongsi segala ilmu yang ada'. Namun diri ini terpesona dek petah bicara yang penuh bertenaga walapun bicara itu tak semua boleh diterima. Ciptaan Allah itu amat sempurna cuma diri ini berdoa agar ianya tidak disalah guna. Tidak dicampur haq dan batilnya. Moga Allah memberi hidayah itu terjun ke medan dakwah dalam usaha menegakkan syiar-Nya.

Masa untuk berangkat pulang beransur tiba. Entah bila pula dapat kembali semula ke bumi berjasa ini. Namun perjuangan perlu diteruskan. Inginku simpulkan beberapa perkara sepanjang hariku disini. Bayu sekular yang semakin kencang disini perlu dicari penawarnya segera. Perjelaskanlah matlamat hidup masing-masing dan kikislah budaya-budaya yang merosakkan sahsiah itu.

~Bingkisan seorang perantau...

-mfr5071-

Friday, September 18, 2009

jom semak diri

"Sayu..."

Malam ini imam memulakan terawikh dgn surah An-Naba'..
Doa khatam al-quran pon dah diaminkan...
itu tandanya tiada lagi terawikh untuk malam esok dan seterusnya..
itu tandanya bakal berakhirlah Ramadhan 1430h..

Sambil menikmati kesejukan malam yang menusuk hingga ke tulang...
diiringi bunyi air hujan yang menghentam atap rumah...
diri ini ingin meluangkan sedikit masa untuk mencoretkan sesuatu di sini..
ingin mengajak semua 'visitor' untuk sama-sama berfikir sejenak...
sama-sama kita meng'update' diri...

bagaimana dengan ibadah puasa kita kali ini?

sehebat mana mujahadah kita melawan hawa nafsu?

sudahkah kita khatam al-quran?

atau kita lebih banyak khatam "movie" dari khatam al-quran?

bagaimana pula dengan qiamullail or kita "qiambuatlain"(movie dan game)??

mampukah madrasah ramadhan menjadikan kita lebih bertaqwa?

layakkah kita memperoleh keampunan Allah sebaik melangkah keluar dari madrasah ramadhan?

Semua persoalan tersebut perlu bermain di benak fikiran kita ketika ini...

ayuh koreksi diri...

dan manfaatkan saat-saat akhir di bulan ramadhan....

"sesungguhnya celakah seseorang itu bila mana keluarnya dia dari bulan ramadhan tanpa memperoleh keampunan Allah..."

-mfr5071-

Tuesday, September 15, 2009

alpanya kita

"Astaghfirullah...."

tiada kata lain yang mampu diucap.
ceramah yang disampaikan oleh dr.jamnul tampak bersahaja tapi tetap terkesan pada hati yang jahil ini.
hanya mengkisahkan pengalaman beliau semasa di gaza.
ya..gaza...isu palestin.
isu yang sudah senyap di malaysia sedangkan bumi palestin tak pernah senyap dek ledakan bom oleh yahudi laknatullah.
mata penaku yang biasanya lincah tatkala berada di majlis ilmu.
namun semalam ianya kaku.
dakwat pena diganti air mata.
gambar2 real keganasan d gaza...
gambar warga palestin yg syahid...
gambar kanak-kanak yg usia baru setahun jagung tapi badannya ditembusi peluru-peluru yahudi...
di usia yang semuda itu telah bisa menyahud seruan jihad...
kerna keinginan utk syahid d jalan Allah itu cukup tinggi...
hati ini sebak menahan hiba...
berbeza sekali dengan anak-anak muda di Malaysia..
tidak perlu menuding jari kpd sesiapa...
hanya mampu menyalahkan diri sendiri...
betapa alpanya diri ini...
sentiasa goyah ditiup angin keseronokan remaja...
saudara-saudaraku di gaza...
maafkan diri ini...
jgn kerna kealpaan ku ini kalian tuntut d akhirat kelak...
kukirimkan sedikit sumbangan yang tak seberapa kepada kalian...
dan insyaAllah doa buat kalian tak kan ku lupa...

sekadar muhasabah...

takbir..

Allahuakbar...!!!

-mfr5071-