keep update with us on facebook!

Thursday, August 6, 2009

Qualitative Data

tercungap-cungap. Itulah akibatnya setelah sekian lama tidak 'berjogging'

aku mengesat peluh sambil mataku meliar memerhatikan gelagat manusia lain

pemerhatian itu bukan pemerhatian kosong

ragam manusia yang pelbagai telah mengaktifkan neurone-neurone untuk berfikir

sekiranya ada dua jam tangan mewah yang sama jenis

satunya dipamer untuk tatapan umum dan sentiasa dibelek-belek

yang satu lagi dibungkus dengan kain dan disimpan didalam kotak baldu yang cantik

lumrah manusia inginkan barang yang baru

dan sebolehnya biarlah kita orang yang pertama melihat dan menyentuhnya

keistimewaannya sedikit terkurang jika pernah menjadi tatapan umum

nakkah kita sekadar sisa-sisa sahaja??

tepuk dada tanyalah iman

aku menghela nafas panjang sambil mengatur langkah untuk pulang ke asrama

vaksin untuk masalah ini perlu di usahakan segera

sebelum menjadi sekecoh H1N1

moga Allah memberi petunjuk dan hidayah

kepada ku dan mereka



-mfr5071-

6 comments:

arlina said...

ni pasal tutup auratkan? Alhamdulilah, aku masih mencuba dan terus mencuba. :)

F a r i z z a i d I said...

fuh, bgus analogi

Da' daffodil D said...

wah, suke post kamu kali ini. tahniah. tepat sekali cetusan idea kamu. :D

crazerx said...

^_^ penulisan yg bermanfaat. Teruskan usaha..



p/s: bahasa yang digunakan amat sopan dan berhikmah.. analogi pon bgos.. mabruk 'alaik..

atifgazali@gmail.com said...

menarik tertarik.
bagusss...

atifgazali@gmail.com said...

menarik tertarik.
bagusss...