Jumaat yang lalu penuh dengan pengajaran. Selepas mengaminkan doa imam solat jumaat datanglah seorang ustaz ke hadapan untuk menyampaikan tazkirah ramadhan.
Aku sekilas pandang menoleh ke belakang bagi melihat jemaah lain. Awalnya tadi penuh sekarang tinggal separuh,sedikit hingar dek deruman enjin motosikal para jemaah yang bergegas membawa haluan masing-masing.
"mungkin ada kerja yang lebih penting perlu diselesaikan,majlis inikan sunat sahaja", getus hatiku positif.
Masih banyak insan yang masih berminat untuk mengimarahkan majlis ilmu ini,mendengar tazkirah yang disampaikan dengan nada yang penuh semangat. Pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai ragamnya. Dari gelagat anak kecil yang kelihatan lesu hinggalah golongan 'senior' yang kelihatan menitiskan air mata.
Sungguh penyampaian tazkirah kali ini amat terkesan di hati. Sebak juga dada ini berfikir sambil bermuhasabah diri.
" tuan-tuan...untuk nak dapatkan ibadah yg berkualiti, lakuakanlah ibadah tu seolah-olah itu ibadah terakhir kita...ishk kalaulah kita tau kita nk mati satgi...sudah pasti solat jumaat kita tadi penuh dengan linangan air mata sbb asar kita tak jumpa dah....begitu juga dgn ramadhan ni....ramadhan akan datang belum pasti tuan-tuan...."
Masih terngiang-ngiang di telinga ini kata-kata ustaz tersebut semasa tazkirah ramadhan yang lalu,semua jemaah tunduk barangkali berfikir sambil koreksi diri.
" lemah sungguh imanku ini ya Allah....".
Setelah selesai sunat ba'adiah semua jemaah bersurai membawa haluan masing-masing. Semua pulang dengan semangat yang baru.
Keesokkan harinya, aku menyertai jemaah yang lain untuk bersolat zohor dan setelah selesai mengaminkan doa, imam membuat pengumuman...
"insyaAllah tuan-tuan, lepas asar nanti jemput semua untuk sama-sama kita solat jenazah untuk fulan bin si fulan.."
"innalillahi wa inna ilai hi ra ji un..." hati ku terjentik...kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang dari masjid. Itulah yang aku dengar dari cakap-cakap jemaah yang lain. Rajin orangnya ke masjid. Justeru tak hairanlah ramai yang datang solat jenazah dan mengiringi jenazah ke perkuburan.
"kalaulah kita tau kita nak mati satgi..." kata-kata itu kembali bermain di fikiranku.
Baru semalam sama-sama solat jumaat, sama-sama dengar tazkirah, kini Allah telah menjemput hambanya itu pulang...
Aku bila pula...??
"Ya Allah...ampunilah diri ku ini ya Allah....sesunggunya engkau telah beri pengajaran kepadaku dlm pelbagai cara...."
Ayuh kita duduk sebentar,melihat jiwa, perbaiki hati, koreksi diri..
-mfr5071-
2 comments:
betul3x..
beribadahlah seolah-olah kita akan mati pada esoknya..
huhu..betol2..hehe...eh,jgn lupe singgah blog jen..ade wat mkn2 ckit..haha..=P
Post a Comment