keep update with us on facebook!

Sunday, August 30, 2009

hatiku terjentik

Jumaat yang lalu penuh dengan pengajaran. Selepas mengaminkan doa imam solat jumaat datanglah seorang ustaz ke hadapan untuk menyampaikan tazkirah ramadhan.

Aku sekilas pandang menoleh ke belakang bagi melihat jemaah lain. Awalnya tadi penuh sekarang tinggal separuh,sedikit hingar dek deruman enjin motosikal para jemaah yang bergegas membawa haluan masing-masing.

"mungkin ada kerja yang lebih penting perlu diselesaikan,majlis inikan sunat sahaja", getus hatiku positif.

Masih banyak insan yang masih berminat untuk mengimarahkan majlis ilmu ini,mendengar tazkirah yang disampaikan dengan nada yang penuh semangat. Pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai ragamnya. Dari gelagat anak kecil yang kelihatan lesu hinggalah golongan 'senior' yang kelihatan menitiskan air mata.

Sungguh penyampaian tazkirah kali ini amat terkesan di hati. Sebak juga dada ini berfikir sambil bermuhasabah diri.

" tuan-tuan...untuk nak dapatkan ibadah yg berkualiti, lakuakanlah ibadah tu seolah-olah itu ibadah terakhir kita...ishk kalaulah kita tau kita nk mati satgi...sudah pasti solat jumaat kita tadi penuh dengan linangan air mata sbb asar kita tak jumpa dah....begitu juga dgn ramadhan ni....ramadhan akan datang belum pasti tuan-tuan...."

Masih terngiang-ngiang di telinga ini kata-kata ustaz tersebut semasa tazkirah ramadhan yang lalu,semua jemaah tunduk barangkali berfikir sambil koreksi diri.

" lemah sungguh imanku ini ya Allah....".

Setelah selesai sunat ba'adiah semua jemaah bersurai membawa haluan masing-masing. Semua pulang dengan semangat yang baru.

Keesokkan harinya, aku menyertai jemaah yang lain untuk bersolat zohor dan setelah selesai mengaminkan doa, imam membuat pengumuman...

"insyaAllah tuan-tuan, lepas asar nanti jemput semua untuk sama-sama kita solat jenazah untuk fulan bin si fulan.."

"innalillahi wa inna ilai hi ra ji un..." hati ku terjentik...kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang dari masjid. Itulah yang aku dengar dari cakap-cakap jemaah yang lain. Rajin orangnya ke masjid. Justeru tak hairanlah ramai yang datang solat jenazah dan mengiringi jenazah ke perkuburan.

"kalaulah kita tau kita nak mati satgi..." kata-kata itu kembali bermain di fikiranku.

Baru semalam sama-sama solat jumaat, sama-sama dengar tazkirah, kini Allah telah menjemput hambanya itu pulang...

Aku bila pula...??

"Ya Allah...ampunilah diri ku ini ya Allah....sesunggunya engkau telah beri pengajaran kepadaku dlm pelbagai cara...."

Ayuh kita duduk sebentar,melihat jiwa, perbaiki hati, koreksi diri..

-mfr5071-

Thursday, August 27, 2009

uhibbukafillah...

alangkah indah sekiranya persahabatan terbina di jalan Allah
apabila dua insan berkasih sayang kerana Rabb-nya
atas dasar iman perhubungan ini terbina
saling mengingatkan antara satu sama lain
agar hubungan dengan Allah sentiasa terpelihara
tapi awas
biarlah ukhwah yang terbina ini sesama jantina
pelik bukan??
ini bukan kisah pasangan gay
cinta yang berlainan jantina hanya halal selepas ijab & qabul
betulkan kembali persepsi kita
tipu daya syaitan itu licik sekali
sedangkan adam dan hawa pon tertewas
inikan pula kita
sesungguhnya setiap perkara yang ditetapkan ada hikmahnya
Allah maha mengetahu segalanya

Tidak beriman seseorang kamu, selagi mana dia tidak mengasihi sahabatnya, sebagaimana dia mengasihi dirinya


-mfr5071-

Monday, August 24, 2009

wabak sehebat H1N1

hari yang sejuk dan dingin.

kicauan beberapa pasang merpati dua sejoli sedikit mengganggu kosentrasiku.

entah apa yang disembangkan sesama mereka.

aku mengeluh sendirian.

berpuasa tapi berdua bermanja berlainan jantina.

ketaatan bercampur kemaksiatan.

satu lagi virus yang cukup bahaya

tapi kenapa tidak kecoh di media?

pelik dan jelik.

ku sedar imanku juga masih carik disana-sini

masih banyak perlu dibetuli jika redha Allah yang diimpi

ayuh sahabat

bersama mengejar keredhaan Allah.

Wahai orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara total, dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata

*aku d public library sebenarnya
-mfr5071-






Saturday, August 22, 2009

ramadhan itu indah

Assalamualaikum
ayuh kita panjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah
kerana dengan izin-Nya kita masih diberi peluang bertemu Ramadhan
marhaban ya Ramadhan!!!
kalau ditinjau rata-rata bloggers menulis tentang ramadhan
pelbagai perkara yang menggambarkan indahnya ramadhan
harap kita tidak sekadar membaca
tetapi mempraktikkan dengan penuh rasa ketaqwaan dan kehambaan kepada Allah

menyambut malam pertama ramadhan di tengah kesesakan kota raya bukan satu perkara yang mudah
suasana hingar dek deruman enjin kenderaan
ditambah pula dengan ragam manusia yang pelbagai
semua itu sedikit sebanyak menggoncang iman ini

ramadhan kali ini terasa sedikit kelainannya
diri ini terasa sedikit gentar utk mengharungi ramadhan
jika sebelum ini hati ini resah kerna risau tidak sempat menemui ramadhan
kini setelah bertemu lain pula rasanya
tidak dpt berbuka dgn keluarga kerana jauh dari rumah bukan persoalannya
tidak dpt berbuka bersama sahabat lama bukan juga persoalannya
persoalannya sekarang
mampukah ramadhan kali ini memberi kesan positif kepada diri ini??
ramadhan sebagai madrasah
mampukah diri ini memanfaatkan kesempatan yang ada utk menjadi lebih bertaqwa??
sama-samalah kita duduk merenung sebentar...
sambil bermunajat kepada Allah...
kita berdoa semoga diakhir ramadhan nanti kita tergolong dalam kalangan org yg bertaqwa..
insyaAllah...

-mfr5071-

Saturday, August 8, 2009

mengundur serta membawa diri

blog ini akan sepi seketika
tapi berdoalah agar kalimah Lailahaillallah terus diseru
sehingga ke hujung nyawa

Allahuakbar!!!

sepinya mfr5071 selepas ini harap jgn ditanya kenapa
sekian dari hati yang lara

-mfr5071-

Thursday, August 6, 2009

Qualitative Data

tercungap-cungap. Itulah akibatnya setelah sekian lama tidak 'berjogging'

aku mengesat peluh sambil mataku meliar memerhatikan gelagat manusia lain

pemerhatian itu bukan pemerhatian kosong

ragam manusia yang pelbagai telah mengaktifkan neurone-neurone untuk berfikir

sekiranya ada dua jam tangan mewah yang sama jenis

satunya dipamer untuk tatapan umum dan sentiasa dibelek-belek

yang satu lagi dibungkus dengan kain dan disimpan didalam kotak baldu yang cantik

lumrah manusia inginkan barang yang baru

dan sebolehnya biarlah kita orang yang pertama melihat dan menyentuhnya

keistimewaannya sedikit terkurang jika pernah menjadi tatapan umum

nakkah kita sekadar sisa-sisa sahaja??

tepuk dada tanyalah iman

aku menghela nafas panjang sambil mengatur langkah untuk pulang ke asrama

vaksin untuk masalah ini perlu di usahakan segera

sebelum menjadi sekecoh H1N1

moga Allah memberi petunjuk dan hidayah

kepada ku dan mereka



-mfr5071-

Wednesday, August 5, 2009

Sya'aban

" hg posa apa weh?? ari ni kn selasa"
"sekarang ni kan bulan sya'aban...so posa pon kerap sikit la..."
" ye tak ye kan...sekarang ni bulan sya'aban..."
"lusa dah nisfu sya'aban pon.."
"ye ke??? astaghfirullahala'zim..."

hati ini tersentak dek perbualan yang menyedarkan diri ini. Bertapa aku telah hanyut dengan kesibukan duniawi yang hanya sementara. separuh sya'aban telah berlalu tetapi apa yg telah diisi dalam bulan ini??? -k.o.s.o.n.g- masa disia-siakan begitu sahaja. Mungkin benar diri ini memberikan alasan sibuk dengan urusan pelajaran almaklumla budak IB...tp sibuk sangatkah aku jika nak dibandingkan urusanku dengan urusan Rasulullah yang perlu mentadbir sebuah kerajaan. aku kira diriku ini sibuk tp masih sempat lepak sambil berbual kosong dengan alasan minda perlukan rehat. ya...alasan sentiasa pantas dicipta namun mampukah diri ini apabila diri ini dihisab nanti??? mungkin kita hebat disini tetapi "di sana" belum pasti...

moga hari mendatang akan lebih terisi dengan amal kepada-Mu ya Allah. Terima kasih sahabat kerna telah mengingatkan diriku yang daif ini.

sekadar muhasabah.

sekian.

-mfr5071-