selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,para ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh muslimin yg sentiasa berpegang dan berjuang menegakkan agama Allah.
setelah sekian lama ana tidak mengepost artikel ilmiah utk tatapan dan renungan semua,kali ini ana sediakan sebuah artikel yg ana sunting dari sebuah buku yg mengisahkn tentang "khalifah Umar Abdul Azizi". Diharapkan artikel ini dpt menjadi renungan bersama dan dapat memotivasikan diri kita utk terus beribadah kpd Allah tanpa rsa jemu kerna hidup ini punya matlamat. justeru,kita hendaklah sentiasa berusaha mencapai matlamat itu dansetiap langkah kita prlulah bergerak ke arah matlamat tersebut... SELAMAT MEMBACA!!!
Peringatan daripada kubur
Abu Farwah meriwayatkan, “ Suatu hari Umar bin Abdul Aziz telah pergi menguruskan jenazah beberapa orang yang mati daripada keluarga bani Umayyah. Setelah selesai disembahyangkan dan dikebumikan,orang ramai yang turut hadir ke kubur berkata “mari semua kita berangkat pulang”.
Di saat itu juga Umar telah menghilangkan diri dan tidak lama kemudian muncul dengan kedua-dua matanya merah dan urat-urat di tengkuknya timbul kesan daripada tangisannya seraya semua bertanya kemana beliau menghilang??
Jawab Umar “sebentar tadi aku
Kemudian aku melangkah lagi untuk menyiasat dari manakah datangnya suara itu,tiba-tiba tanah bersuara lagi memanggilku “ Wahai Umar! Mengapakah tuan tidak menanyakan diriku tentang keadaan kedua-dua mata mereka pula” Jawabku “ Ya, bagaimanakah keadaannya? Jawab tanah “ Kedua-dua biji mata termasuk mata putih juga telah hancur dimakan ulat.”
“Bila aku bergerak lagi tanah terus memanggilku lagi dengan katanya “ Wahai Umar! Bersedialah engkau dengan kain-kain kapan yang tidak akan lusuh.” Tanyaku “Apakah kain kapan tersebut?” jawab tanah “Ketakwaan kepada Allah dan beramal semata-mata kerana mentaatinya”
Kemudian Umar pun menangis dan berkata “ Sesungguhnya dunia ini tempat tinggal sementara. Kemuliaan di dunia merupakan kehinaan di akhirat. Kekayaan di dunia ialah kemiskinan di akhirat. Usia muda di dunia sebenarnya usia tua berbanding di akhirat. Hidup di dunia hakikatnya mati berbanding akhirat. Justeru janganlah kalian tertipu dan tergoda ketika melayari bahtera kehidupan di dunia sedangkan ianya hanyalah kehidupan sementara. Kemanakah perginya generasi lampau yang telah membina bangunan-bangunan di permukaan bumi? Membina saliran-salirannya?
Bukankah mereka sedang berada pada suatu tempat yang sunyi dan
Demi Allah!
Wahai penghuni kubur untuk hari esoknya! Apakah lagi yang akan menyebabkan engkau terpedaya lagi dengan dunia? Di saat engkau disemadikan di liang lahad,kemanakah perginya rumah engkau yang luas? Kemanakah perginya kelembutan baju yang engkau pakai? Mengapakah mereka semua enggan datang menolong di saat tuannya menghadapi sakaratul maut,berperang dengan dahaga dan kesakitan sehingga terpercik peluh dingin dari badannya menunggu ketetapan qada’ dan qadar yang tidak boleh diubah dan ketetapan ajal yang tidak dapat disekat lagi.
Justeru sedarlah wahai orang yang mengkapankan mayat dan membawanya ke kubur. Sedarlah wahai mereka yang meletakkan si mayat bersendirian di dalam kubur dan kemudian meninggalkannya
“Alangkah sedihnya kurasakan bila mengingati keadaanku ketika dibaringkan diatas tanah yang kasar. Sedarlah wahai diri yang akan binasa kerana engkau tidak lama lagi akan berada bersama-sama mereka yang telah mati.
“Alangkah sedihnya apabila memikirkan apakah yang akan dilakukan oleh Malikil maut terhadapku disaat keluarnya roh aku dari alam dunia ini dan apakah suratan amalan yang bakal aku terima dari Tuhanku”
“Kemudian Umar pun membaca beberapa rangkap syair yang bermaksud:
Engkau bergembira dengan kemewahan dunia yang fana dan dilalaikan oleh anak-anak yang engkau sayangi,
Sebagaimana terpedayanya orang yang bermimpi mengecapi kelazatan di dalam tidur.
Wahai mereka yang tertipu,
Siang harinya engkau penuhi dengan kealpaan dan kelalaian,
Malam harinya engkau hanya tidur,
Justeru
Kebinasaan akan menjadi milikmu.
Engkau hanya lakukan perkara yang engkau sendiri bencikan akibat kesudahannya,
Ini kerana sepanjang hidup di dunia,
Engkau hidup sebagaimana hidupnya binatang yang diternak.
Kemudian Umar dan orang ramai bersurai. Seminggu selepas itu, Umar bin Abdul Aziz pun meniggal dunia.
1 comment:
apa khabaq ustaz?
sihat?
hakhak...
Post a Comment