keep update with us on facebook!

Monday, March 9, 2009

kata pujangga

  • “sesungguhnya setiap perjalanan musafir mustahil tidak mempunyai bekalan. Justeru,sediakanlah bekalan musafirmu semasa hidu p di dunia untuk menempuhi perjalanan di hari akhirat”
  • “Wahai manusia! Bukankah kalian semua telah tahu bahawasanya tiada lagi tempat tinggal di akhirat kelak selain daripada neraka dan syurga di mana kalian semua akan menuju kearah salah satu di antara keduanya”
  • “Janganlah kalian semua dilalaikan oleh tugas-tugas duniawi di saat tibanya waktu solat. Bersegeralah kepadanya kerana sesiapa yang membiasakan dirinya melengah-lengahkan solat kerana tugas-tugas duniawinya nescaya Syariat-syariat Islam yang lainnya akan lebih mudah dicuaikan olehnya”
  • Bekerjalah untuk dunia mengikut tahap kemampuan kalian dan beramallah untuk akhirat mengikut tahap kemampuan kalian juga”
  • “Hati hanya mampu menolong kerja kalian mengikut setakat mana keikhlasan kalian di dalam mengendalikan pekerjaan tersebut”
  • “sesungguhnya aku lebih khuatir dengan banyaknya dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh manusia daripada banyaknya tipu helah dan perancangan musuh mereka”
  • “celakalah bagi sesiapa yang kepentingan duniawinya mengatasi matlamat ukhrawinya”

disunting dari buku "Kisah Khalifah Zuhud Umar Abdul Aziz"

No comments: