* Suatu masa Hasan al-Basri telah menulis kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz satu nasihat yang berbunyi “Walaupun tuan dipanjangkan umur seperti Nuh AS, memiliki kerajaan seperti Sulaiman AS,memperolah keyakinan seperi Ibrahim AS dan mempunyai kebijaksanaan seperti Luqman Rahimahullahu Taala,tetapi tuan perlu sedar dan ingat dengan kengerian kematian yang berada dihadapan tuan dan dua tempat tinggal selepasnya iaitu syurga dan neraka. Kerana jika tuan tidak dimasukkan ke dalam syurga tuan akan dihumbankan kedalam neraka.” Umar pun terus menangis semahu-mahunya selepas selesai membacanya.
* Berkata Salim,khadam Muhammad bin Ka’ab kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz “ sesungguhnya Nabi Adam AS telah dikeluarkan oleh Allah dari syurga kerana satu kesalahan sahaja sedangkan kalian semua sentiasa melakukan dosa. Justeru,bagaimana pula kalian boleh mengharap untuk memasuki syurga???”
* Maimun bin Mihran berkata “ Suatu ketika dalam suatu majlis Umar bin Abdul Aziz bertanya kepada siding yang hadir : “Siapakah manusia yang paling bodoh sekali?” Jawab mereka: “ Seorang lelaki yang menjual akhiratnya kerana dunianya”. Lalu kata Umar: “ Mahukah kalian jika aku beritahu mengenai orang yang lebih bodoh lagi dari itu.” Jawab mereka: “Bahkan,wahai Amirul Mukminin” Lalu kata Umar: “ iaitu orang yang sanggup menjual akhiratnya kerana memenuhi kepentingan orang lainnya”
* Pada suatu hari jumaat,Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menaiki mimbar untuk berkhutbah. Setelah mengucapkan syukur dan puji-pujian kepada Allah SWT beliau pun berkata “ Wahai manusia,sesungguhnya doctor diperlukan ketika sakit bersangatan. Sesungguhnya tiada penyakit yang lebih dahsyat daripada kejahilan, yang lebih keji berbanding dosa dan tidak ada yang ditakuti selain mati.” Kemudian beliau pun turun dari mimbar tersebut.
* Suatu masa Umar berkata kepada Maimun bin Mihran “ Wahai Maimun,janganlah engkau bergaul dengan pemerintah walaupun alasanmu ingin menyuruh mereka melakukan kebaikan. Elakkan daripada duduk berdua-duaan dengan perempuan walaupun dengan alas an kerana ingin mengajarkan ayat-ayat suci Al-Quran kepada mereka. Janganlah engkau bersahabat dengan orang yang menderhakai kedua ibubapanya kerana sesungguhnya mereka tidak akan menjaga persahabatannya denganmu sebagaimana mereka telah memutuskannya dengan kedua ibubapa mereka.”
Disunting dari buku "Kisah Khalifah Zuhud Umar Abdul Aziz"
moga menjadi renungan kita bersama...
yang baik semuanya hak milik Allah dan segala kekurangan itu adalah kelemahan diri ana sendiri..
wassalam...
-mfr5071-
No comments:
Post a Comment