keep update with us on facebook!

Wednesday, December 10, 2008

Islam kini..lets think about it...

Adalah sesuatu yang menarik perhatian adanya persamaan kejadian yang berlaku di dunia sekarang ini. Di satu pihak kita melihat adanya tekanan kekkuasaan eropah yang dilancarkan dengan rancangan yang teratur terhadap dunia Islam, dan usaha mereka yang keras untuk mengnyahkan Islam sama sekali.

Sedang di sudut lain,kita menemukan sebilangan besar hadis Rasulullah s.a.w yang meramalkan fitnah dan percubaan yang akan menimpa kaum muslimin pada akhir zaman,ramalan yang hamper semuanya terbukti menjadi kenyataan,berupa peristiwa yang menimpa dunia Islam sekarang ini.

Lebih menghairankan lagi,kerana ramalan itu diucapkan pada waktu Islam dalam keadaan menang dan seluruh dunia merasa gentar meghadapi pesatnya kemajuan Islam.

Bukan rahsia lagi bahawa kinisedang berlangsung pergolakan sengit antara Eropah dan Islam,khususnya antara kekuatan material meawan kekuatan spiritual. Kaum kristian eropah menganggap kekuatan Islam sebagai ancaman yang berbahaya bagi peradaban materialnya dan dengan alas an palsu inimereka berusaha untuk menghancurkan Islam agar mereka dapat “menyelamatkan” dunia dari pengaruh politik Islam.

Mereka terang-terangan menyebut agama lain sebagai bukan kristian tetati terhadap agama Islam mereka dengan tegas menyebutkansebagai anti-kristian. Sekalipun kaum missionaries kristian aktif menyebarkan agama di segala penjuru dunia tetapi tujuan mereka yang paling utama ialah ummat Islam. Ini adalah fakta yang tidak boleh dipandang remeh oleh kaum muslimin.

Bagaimanapun,alangkah sedihnya bahawa kaum muslimin sendiri terlibat dalam perbalahan dalaman mengenai masalah-masalah kecil sehingga mereka tidak sempat memikirkan persoalan yang lebih penting.

Seandainya mereka menaruh perhatian sedikit sahaja terhadap pergolakan sengit yang sekarang sedang berlangsung antara kekuatan material dan kekuatan spiritual,necaya mereka akan melihat dengan jelas bahawa mengamuknya Dajjal dan menjadi-jadinya Ya’juj wa Ma’juj bukanlah dongengan kosong melainkan gambaran tentang serbuan kaum materialis eropah dengan agama nasraninya pada zaman sekarang.

Bagi tiap-tiap orang Islam wajib kiranya melupakan perbalahan dikalangan umat Islam sendiri mengenai masalah-masalah kecil yang kurang penting kerana kemenangan dan hidup matinya Islam di dunia bergantung kepada hasil perlumbaan antara dua agama ini(Islam dan Nasrani),bukan kerana mengurusi perbezaan kecil yang tidak akan mendatangkan keuntungan atau kerugian bagi kaum muslimin sendiri. Justeru, marilah kita semua umat Islam bermuhasabah diri dan ayuh sama-sama kita memasang tekad untuk berjihad di jalan Allah.

Sekian.

No comments: