keep update with us on facebook!

Monday, November 19, 2012

Jangan pernah rasa putus asa


Pagi yang dingin sambil menonton MHI, membincang perihal saudara-saudara di Palestin.

Sarapan dijamah dalam sebak. Tahan, kerana aku sedar yang diharap mereka di sana bukanlah ratapan kosong bersama linangan air mata, tetapi usaha.

Aku lemah, aku tak berkuasa tapi tak mengalah.

Ingat pesan Ya'kub kepada anak-anaknya, jangan pernah berputus asa dari rahmat Allah, kerana yang putus asa dari rahmat Allah hanya dari golongan kafir. (12:87)

Terus kuat saudara-saudara ku. Teguh, tabah, kerana yang menanti itu syurga Allah.

FaizRodzi

0921

UTP

Saturday, November 17, 2012

Aku mahasiswa lesu



Terbaring diatas sofa. Buntu. Langit kian hitam, bakal hujan mungkin.

Sekarang ini dalam proses membaca buku "sejarah gerakan mahasiswa dalam cerminan dekad" karangan Riduan Mohamad Nor. Menelaah sejarah mungkin bosan, namun aku lawan rasa bosan itu demi keperluan.

Mengelamun jauh juga menghayati mesej yang cuba disampaikan oleh penulis. Membandingkan mahasiswa dulu dan sekarang, jauh bezanya, bertambah jauh kalau dibandingkan diri sendiri yang juga bergelar mahasiswa. Malu dan kecewa.

Entah dimana silapnya. Mahasiswa dari kaca mata saya masih kaya dengan ideologi, tegar merangka strategi perjuangan tapi...Ya tapi mahasiswa hari ini kehilangan beberapa elemen yang penting bagi saya. Keberanian dan kelantangan selaku badan gerakan semak imbang hala tuju negara ini sudah mati. Dibunuh secara terancang demi keselesaan pihak berkepentingan.

Aku menuding kepada diri sendiri yang lesu, bacul untuk melangkah walau setapak. Mahasiswa diluar sana giat mengatur langkah, menyuburkan ideologi melalui pelbagai medium, sedang aku kaku terperuk di tapak lombong yang kononnya sibuk menadah ilmu.

Ya Allah, aku memohon kekuatan, pimpinlah hamba Mu ini. Sekali aku bangun, dua kali aku jatuh dan kini aku hampir tidak mampu untuk bangun lagi. Sungguh, saat ini aku rasa lemah sekali.

FaizRodzi

Friday, November 16, 2012

Oh Gaza


Usai solat subuh, biasanya timeline tweeter mati tapi pagi ini sarat dengan berita dari palestin. Gaza sedang hebat dibedil.

Hati sayu.

Sesaknya rasa diri ini kerana tak mampu berbuat apa-apa. Hanya berdoa itu pun entah la. Apa lah sangat nilai doa seorang hamba yang penuh dosa ini. Entah sampai atau terhijab. Allah.

Oh Gaza, maafkan aku.

FaizRodzi

0655

Pokok Sena