“ Hello Faiz, dah mula cuti dah?”
“Dah , baru semalam, kenapa?”
“Nak main SUKMA dengan team
Sarawak? Kalau nak esok turun latihan, turf Sungai Petani”
“Sarawak?”
Perbualan dengan Abu menjadi
pembuka kepada cuti semester aku. Lelah lapan bulan bertempur di medan akademik
belum hilang, sudah perlu bergegas untuk meneruskan kehidupan yang jalan
ceritanya sukar dijangka.
Dilema juga sebenarnya, antara
Kedah dan Sarawak, antara tidak cergas dan kurang latihan, aku bukan bintang
dalam sukan hoki ini untuk berhijrah sesuka hati tapi ini rezki.
Menjadi tabiat diri untuk
berfikir panjang, cuba menjangka jalan cerita yang bakal tercoret dengan
keputusan yang bakal dibuat. Tekad, “lets do this!”
Kawan
santai di Teluk Cempedak |
Tak dapat dinafikan bergaul
dengan manusia dapat mengajar kita seribu macam pengajaran berguna dalam
kehidupan. Menyelami hati budi kawan yang baru kenal sehari dua, cara
berfikirnya mereka, menakjubkan. Aku membesar dalam kelompok manusia yang
diiktiraf akademik mereka, golongan pandai kononnya. Namun kawan-kawan baru
saya ini, walau akademik tak seberapa tapi saya kagum, saya hormat.
Mereka hebat
dengan cara mereka. Sebaya dengan saya malah lebih muda, sudah fikir dan
berkira-kira duit ni untuk mak di kampong, buat bayar duit motor, duit astro,
buat belanja adik-adik. Anak semenanjung masuk university main dota, duit ptptn/biasiswa
untuk bergaya dan berfoya-foya? Fikir!
Konflik
Hidup kalau jalan ceritanya nak ‘best’
sahaja, bosan. Pasti ada ujian kalau mengaku beriman. Kadang-kadang sesak juga
mengawal emosi diri. Bergelut dengan prestasi hambar setelah bertahun
meninggalkan lapangan ini, keyakinan diri merudum dan provokasi luaran yang
sedikit sebanyak menambah keperitan.
Setiap parut yang tinggal
sepanjang di kem latihan dan SUKMA akan ku ingat sebagai pengalaman yang bakal
menjadi panduan hikmat untuk masa-masa akan datang. Kita mampu sembang ‘pum
pang’ sana sini tapi sembang siapa pun boleh, pengalaman tak semua orang ada. Sebab
itu bila melihat gelagat rakan-rakan sekeliling dalam membicarakan sesuatu,
ramainya hebat, kreatif Cuma jangan perlekeh. Prinsip itu perlu pegang, kerana kalau
tak pernah rasa jangan kata.
Kesimpulan
Dua bulan bersama TeamSarawak
tidak mampu ku nukilkan semuanya dalam satu entry ini Cuma insyaAllah setiap
pengajaran akan diterjemahkan dalam mengharungi kehidupan menuju Tuhan.
Ramai tannya macam mana boleh terlepas ke Sarawak, ini lah kisahnya. Ramai juga tanya 'masyuk' tak main Sarawak, itu saya tak nak cerita kerana saya memburu lebih dari itu. Hidup terlalu abstrak, ‘Siapa
kita menentukan cara kita melihat’ dan natijahnya ‘Cara kita melihat menetukan
apa yang kita dapat!’
in memory SUKMA2012 |
FaizRodzi
0141, 15/8/2012
1 comment:
As always, your post iis something I look forward to read. :)
Looking forward to reading about your trip to the land down under..
Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin.
Post a Comment