in the nama of Allah, the most gracious the most merciful
Rasanya tidak perlu disertakan definisi "suka" dan "perlu". Secara linguistic nya pasti rata-rata kita sudah sedia maklum dengan definisi dua perkataan mudah tersebut. Namun, realitinya kita perlu akui kita seringkali meletakkan makna yang salah pada praktikaliti dua perkataan tersebut.
Kita hari ini lebih suka memilih untuk melakukan perkara yang kita suka berbanding perkara yang perlu.
Setuju? Mari kita buat justifikasi…
Rasa-rasa antara laungan azan dengan menghabiskan ‘extra time PES (baca: game bola)’ mana yang kita lebih peka?
“eh, sikit je lagi, belum iqamah lagi…”
Rasa-rasa antara halaqah ilmu dengan program tv kegemaran, mana yang kita pilih?
“All Black vs France final kot, 4 tahun sekali, ceramah minggu depan ada lgi…”
Rasa-rasa antara tonton movie dengan membaca buku ilmiah dan akhbar tempatan, mana menjadi pilihan?
“gila semua movie kau tak tengok, baik tak yah hidup...hilang satu nikmat dunia…”
Dialog diatas tiada kena mengena dengan sesiapa, saja cipta sebagai muhasabah kepada diri.
Hakikatnya kita lebih cenderung kepada perkara yang kita suka. Selagi mana perkara yang perlu tidak mengancam kehidupan kita, selagi itulah kita merasakan segala yang kita suka itu satu keperluan.
Jangan sampai habis semua tergadai, baru kita nak sedar lebih banyak perkara yang sepatutnya kita perlu buat kita tukarkan dengan perkara yang kita suka kerana kita fikir, “ala…mesti ada orang lain yang buat”.
Kita perlu ingat, sikap “taka pa lah….” Yang membuat melayu-muslim di bumi Malaysia ini dihimpit dan diperkotak-katikkan. Bukan lagi kerana Melayu mudah lupa, tapi kerana melayu semakin lupa kepada yang Maha Esa.
Sekian cebisan idea yang tak seberapa. Menulis bukan untuk member tahu, tapi sekadar untuk mencetus mahu.
“Bersama Membina Generasi Harapan”
-mfr5071-
No comments:
Post a Comment