keep update with us on facebook!

Monday, February 8, 2010

hadith

minat untuk menulis semakin tawar. otak menjadi semakin sempit. namun ku cari sedikit ruang untuk berkongsi sepotong hadith sebagai tatapan saudara seaqidah.

Rasulullah SAW bersabda: “Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari tiada naungan selain naungan-Nya adalah: 1) Pemimpin yang adil, 2) pemuda yang kehidupannya sentiasa beribadah kepada Allah, 3) seorang lelaki yang hatinya bertautan dengan masjid, 4) dua lelaki yang saling cinta mencintai hanya kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana-Nya, 5) seorang lelaki yang dirayu oleh perempuan kaya lagi cantik untuk berzina, kemudian dia berkata: Sesungguhnya Aku takutkan Allah, 6) seorang yang mengeluarkan sedekah secara sembunyi(ikhlas) sehingga tangan kirinya tidak mengetahui, 7) seorang yang bermunajat kepada Allah di tempat sunyi sehingga mengalir air matanya Riwayat Bukhari dan Muslim.

moga kita sentiasa dalam koridor ibadah setiap saat.

tidak perlu risau tentang penyakit fizikal tapi risaulah sekiranya ia penyakit hati. orang yang beruntung hanyalah orang yang apabila kembali kepada Allah dengan hati yang sejahtera.

bersama mengislah diri, berdoa untuk diri dan umat.

-mfr5071-

No comments: