Para ulama’ sering mengingatkan kita kepada perkara-perkara berikut :-
- Penuhilah dirimu dengan makrifat kepada Allah.
- Carilah Tuhanmu nescaya engkau temui kebahagiaan.
- Berwaspadalah dengan lisanmu kerana bahayanya cukup berat, membawa mudahnya terjerumus ke dalam neraka Allah.
- Ketahuilah, sesungguhnya setiap patah perkataan akan dihitung secara halus kecuali amar makruf , nahi mungkar serta zikrullah.
- Awasilah mata dan telingamu kerana ia adalah dua pintu masuk syaitan ke dalam hati. Awaslah, kerana apabila ia sampai kepada hati maka ia akan memberi kesan walau sedikit. Hubungkanlah keduanya dengan Allah, nescaya kamu hanya memandang dan mendengar perkara yang baik.
- Janganlah biarkan hatimu sayang dengan dunia, kerana sakit untuk kamu keluarkannya. Rasailah kesempurnaan dan ketinggian Rohmu dgn melihat kekuasaan Allah, mendengar ayat-ayat Allah.
- Peliharalah kebersihan zahir dan batinmu dalam keadaan sentiasa berwuduk lalu solatlah dua rakaat sekiranya kau mampu istiqamah.
- Kurangkanlah makan kerana sekiranya banyak makan, banyak mendatangi hadas dan sukar untuk bangun di malam hari.
- Sabarlah dalam memohon keampunan Tuhanmu, kerana dosa itu sukar untuk dikeluarkan seumpama mengeluarkan racun daripada badan.
- Jangan berangan-angan kosong kerana banyak berangan-angan membawa kepada cinta dunia seperti barah yang merebak amat sukar untuk dirawat kembali.
- Bersihkanlah hatimu dari sifat was-was terhadap Allah s.w.t, kerana itulah kunci penipuan syaitan dan kelalaian.
No comments:
Post a Comment