suatu masa dahulu.. umat islam pernah menjadi kuasa besar dunia yang digeruni.. malah setelah masa silih berganti.. umat islam menjadi satu tamadun yang dikagumi.. segala jenis ilmu terdapat dalam ketamadunan umat islam.. matematik.. sains teknologi.. astronomi.. perubatan.. perakaunan.. geologi.. kejuruteraan.. falsafah.. atau apa sahaja.. semuanya terdapat di dalam tamadun umat islam.. satu tamadun yang dipandang tinggi.. sebagaimana kita melihat barat dari sudut kemajuan ketamadunan mereka, begitulah eropah pada satu ketika dahulu melihat ketamadunan umat islam.. mereka takjub..
ilmu merupakan agenda kehidupan masyarakat muslim pada zaman tersebut.. perpustakaan umum boleh didapati di merata tempat.. malah khalifah pada ketika itu sendiri mempunyai perpustakaan yang dipenuhi beratus-ratus ribu buku.. budaya masyarakat pada ketika ini bukan setakat menghiaskan rumah mereka dengan perabot-perabot mewah, tetapi juga buku-buku yang yang bernilai.. tamadun islam pada ketika itu, merupakan pusat ilmu yang terkenal.. sehinggakan Raja England pada ketika itu, King George II pernah mengutus surat kepada Khalifah Islam pada waktu itu iaitu Hisham III.. mengikut Dr. Ibrahim Syeikh, surat masyhur ini ditulis oleh King George II, Raja England kepada Khalifah Hisham III (memerintah tahun 1027 - 1031) untuk meminta izin salah seorang puterinya belajar di University of Cordoba..
Dulu kita begini, bilakah kita akan kembali?.. hakaza kunna, famata na3ud?.. fikirkan..
fikirkan kenapa umat islam tidak di atas hari ini.. fikirkan kenapa umat islam ditindas hari ini.. fikirkan mengapa umat islam diseksa, ditembak, dibunuh, dihina, dibakar, dirampas haknya.. mengapa semua ini terjadi.. bukankah umat islam dahulu pernah memerintah 2/3 dunia.. bukankah umat islam dahulu satu umat yang digeruni.. bukankah mereka ialah tentera yang cintakan kematian sebagaimana musuh islam cintakan kehidupan?.. apakah masih ada mereka yang sebegini hari ini?.. di manakah tentera islam?.. 3aynal jundul muslimin?..
apakah perpaduan hari ini sama sepertimana perpaduan pada zaman dahulu.. apakah kekuatan ukhwah kita setaraf dengan mereka pada zaman dahulu.. kalau hendak diceritakan perihal ukhwah di kalangan sahabat, pasti banyak cerita yang mampu dikisahkan.. malahan beribu-ribu buku telah ditulis mengenai sahabat-sabahat baginda rasulullah s.a.w… menceritakan bagaiman kekuatan ukhwah mereka menjadi faktor kejayaan mereka.. kekuatan umat islam dahulu bukan sekadar senjata fizikal.. tetapi mereka punya kekuatan iman dan ukhwah.. yang pergi berperang di medan perang itu bukanlah sekadar tentera biasa, tetapi mereka ada tentera Allah.. dekatnya mereka dengan Allah.. kriteria pemilihan tentera bukan berdasarkan harta.. bukan berdasarkan rupa.. bukan cukup dari susuk tubuh.. malahan umur tidak menjadi penghalang.. tetapi mereka dipilih berdasarkan solat malam mereka.. tilawah mereka.. amal ibadat mereka.. sehingga menjadi budaya untuk mereka ketika zaman pemerintahan ‘Umar Ibnu Aziz , masyarakat sibuk bertanyakan sesama sendiri, “sudahkah saudara menghatamkan al-Quran?”.. subhanAllah.. sangat jauh kita dari kehebatan masyarakat dahulu.. terutama diri ini.. kadang terlintas di fikiran ini.. apakah diri ini layak ke syurga?.. sedangkan syurga itu sangat sedikit yang masuk ke dalamnya.. sedangkan umat islam dahulu terlalu banyak yang jauh lebih hebat dari diri ini.. masihkah ada ruang dalam bilangan yang sedikit itu untuk diri yang hina ini?.. lalu di mana lagi tempat untuk diri ini?.. kesudahan di sana hanyalah satu antara dua.. tetapi Allah Maha Bijaksana, Dia jadikan bilangan itu tidak diketahui oleh mana-mana manusia.. maka 1 boleh jadi sedikit, tetapi sejuta juga boleh jadi sedikit malahan trilion atau lebih dari itu mungkin sahaja masih sedikit.. maka, angka zahir tidak menjadi satu kepentingan dalam menentukan syurga atau neraka tempat kesudahan seseorang.. tetapi redha Allah yang menjadi penentunya.. moga tidak dicampak ke dalam neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu-batan.. amin.. firman Allah..
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu; Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
(Surah at-Tahrim [66]:6)
berbalik kepada permasalahan umat sekarang.. kita telah hilang kesatuan.. teringat satu kisah yang menarik.. mengenai sekawan kerbau.. mereka berempat, iaitu 3 ekor kerbau hitam dan seekor daripada mereka kerbau berwarna putih.. mereka hidup bersama.. makan bersama.. minum bersama.. ke mana sahaja mereka bersama.. kerana, itulah cara mereka melindungi diri mereka.. mereka hidup di kawasan yang merbahaya untuk haiwan-haiwan ternak seperti mereka.. setiap hari mereka menghadapi risiko dibaham oleh serigala atau haiwan liar yang lain.. namun dengan cara saling memperhatikan dan melindungi kawan yang lain, mereka telah berjaya meneruskan kehidupan di kawasan tersebut..
hari-hari berlalu seperti yang ditetapkan oleh Allah ke atas mereka.. siang malam silih berganti.. bulan pergi, matahari pun datang.. matahari terbenam, muncullah bulan.. kehidupan sekawanan kerbau ini berlalu seperti rutin kehidupan mereka.. mencari makan dan berehat.. sehinggalah ditakdirkan untuk mereka menjadi makanan kepada makhluk lain.. atau digunakan oleh manusia.. namun pada suatu hari.. 3 ekor kerbau hitam ini berbincang sesama mereka.. salah seorang dari mereka berkata, “kerbau putih ini telah banyak menyusahkan kita.. pada waktu malam kita menyembunyikan diri, musuh tidak nampak kelibat kita.. tetapi dia.. dia berwarna putih!.. musuh pasti nampak kelibatnya.. apa kata kalau kita tinggalkan dia keseorangan.. kita bertiga tetap bersama.. dia hanya membawa masalah kepadak kita.”.. tiba-tiba muncul persoalan begini.. sedangkan selama ini mereka mampu meneruskan kehidupan, namun hari ini lain pula ceritanya.. lalu mereka bersetuju.. sejak hari itu, kerbau putih ditinggalkan sendirian.. mereka tidak memperdulikannya.. mereka menjauhkan diri dari kerbau putih itu.. sejak hari itu, kerbau putih diboikot oleh kerbau-kerbau hitam yang selama ini kawan-kawannya sendiri, malah saling bekerjasama melindungi diri masing-masing..
hari silih berganti.. masa berlalu.. haiwan liar sekitar mereka dapat melihatkan kesatuan mereka yang rapuh itu.. mereka tidak lagi bersatu seperti dulu.. seekor serigala dapat menghidu keretakan perpaduan di kalangan kerbau-kerbau tersebut.. lalu dia memulakan langkahnya.. serigala tersebut menyerang kerbau putih itu.. lalu melahap dagingnya dengan rakus.. kulitnya disiat.. dagingnya dikunyah-kunyah.. tulangnya dipatah-patahkan.. ia bagaikan satu pesta makanan bagi serigala tersebut.. dan sewaktu serigala itu sedang berpesta, makan denga lahapnya.. kerbau-kerbau hitam hanya melihat tanpa melalukan apa-apa.. sedangkan kawannya sendiri sedang dibaham serigala.. kawan itulah yang dahulu membantu mereka, tetapi hari ini, disebabkan kesatuan yang rapuh, sensitivi mereka telah hilang sama sekali.. langsung tidak terasa oleh mereka akan tanggungjawab untuk melakukan apa-apa..
keesokan harinya.. serigala menyerang kerbau-kerbau hitam pula.. terkejut akan serangan serigala itu, kerbau-kerbau tersebut tidak mampu mempertahankan diri.. kenapa mereka diserang?.. kerana telah kurang satu bilangan di kalangan mereka yang mana dahulunya 4 ekor dianggap kuat oleh serigala.. namun sekarang hanya tinggal 3 ekor kerbau dan serigala yakin mampu menumbangkan paling tidak seekor kerbau.. tumpaslah seekor kerbau pada hari itu.. maka berpestalah lagi sang serigala untuk malam ini.. maka tinggallah 2 ekor lagi kerbau hitam di kawasan tersebut.. kedua-duanya dalam ketakutan.. masing-masing cuma menguatkan diri masing-masing dengan menyakinkan masing-masing.. mereka cuma memberi keyakinan bahawa mereka masih kuat.. serigala tidak akan mampu membuat apa-apa terhadap mereka.. walhal mereka sendiri tahu di mana tahap kekuatan mereka.. mereka hanya menipu diri sendiri.. seperti kanak-kanak dengan impian mustahil mereka..
keesokan harinya.. mendapatkan makanan menjadi lebih mudah untuk serigala.. bagaikan ada satu pihak yang menyediakan makanan untuknya.. dia hanya perlu datang dan menarik kerusi untuk duduk.. pesta makanannya berlangsung lagi untuk hari yang ketiga berturut turut.. serigala tersebut makan dengan lahapnya.. sehingga tidak ada sisa yang tertinggal untuk haiwan lain.. malahan tulang-tulang juga dipatahkan..
melihat semua kawan-kawannya telah menjadi mangsa.. kerbau hitam itu lari ketakutan.. dia cuba menyembunyikan diri dan mencari jalan selamat untuk lari jauh dari serigala tersebut.. tetapi hari ini, tiada siapa yang mampu menolongnya.. tiada seorang kawan pun yang mampu membantunya.. tiada yang mampu bersama dengannya untuk menakutkan serigala.. tidak ada yang boleh berkumpul dengannya untuk berdepan dengan serigala.. maka larilah kerbau hitam yang terakhir itu sejuah yang termampu.. hakikat kelajuan antara dua binatang ini terbukti.. kerbau yang besar berbanding serigala ini kepenatan akhirnya.. serigala yang tahu akan hakikat itu tidak membazirkan banyak tenaga.. dia hanya mengekori kerbau tersebut dengan senang hati kerana dia tahu kerbau tersebut akan letih dan tumbang dengan sendirinya.. tiada apa yang mampu dilakukan olehnya..
akhirnya kerbau itu ditangkap.. dan ketika nyawa kerbau itu di hujung kerongkongnya.. dia menyampaikan kata-kata terakhirnya.. satu kenyataan yang amat penting.. bukan untuk kerbau tersebut.. atau kerbau-kerbau yang telah mati.. tidak juga untuk serigala yang berpesta makanan berhari-hari.. kerana mereka semua adalah sekadar sebahagian dari cerita.. dan tugas mereka di dunia hanyalah membolehkan manusia meneruskan kehidupan.. namun pernyataan yang dikeluarkan oleh kerbau terakhir tersebut.. sangat penting untuk manusia.. yakni kita.. insan yang selalu lalai dan leka.. terutamanya diri ini.. kata-kata terakhir kerbau tersebut, “aku dibaham pada hari kerbau putih telah dibaham.. aku telah menandatangani borang kematianku sewaktu aku membiarkan kerbau putih dibaham.. itulah saat kematianku.. aku tidak mati sekarang, aku tidak mati hari ini.. tetapi aku telah mati ketika mana aku membiarkan serigala membaham kerbau putih dahulu..”
sekarang.. apakah yang kita dapat dari cerita ini?.. bukanlah sekadar cerita kanak-kanak biasa.. bukanlah kisah yang hanya dibaca sebelum tidur.. tidak juga dipetik dari buku cerita yang berwarna-warni.. tetapi satu cerita yang padat dengan pengajaran.. menceritakan realiti ummat hari ini.. mengkisahkan perihal kejatuhan islam hari ini.. menyamakan faktor islam dihina hari ini.. memperlihatkan kesatuan ummat yang rapuh hari ini.. malah bukan sahaja rapuh, mungkin sekali tiada langsung kesatuan.. negara apa yang sanggup mengepung saudara-saudara seislamnya sendiri.. Palestin menderita kelaparan akibat kepungan.. tetapi Mesir yang menjadi jiran sebelah hanya menutup telinga mendengar rayuan dan tangisan warga palestin.. di kalangan mereka bukanlah semuanya pemuda yang kuat, gagah dan berani.. tetapi di kalangan mereka juga terdapat kanak-kanak, para wanita, ibu-ibu malahan orang tua yang tidak sekuat tenaga orang muda.. tetapi itu bukankah faktor untuk mereka bersimpati.. seperti kerbau hitam melihat kerbau putih dilahap.. seperti itulah mereka mendengar dan melihat penderitaan palestin.. hal itu bukan untuk mesir sahaja!.. tetapi kita terlibat sama.. mereka juga saudara kita.. sebagaimana kerbau putih kawan kepada kerbau hitam.. bukankah Allah telah berfirman..
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
(Surah al-Hujurat [49]:10)
malah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda..
Dari Nu’man bin Basyir r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Perumpamaan orang-orang mu’min dalam hal kecintaan dan kasih sayang diantara mereka adalah laksana satu tubuh, yang apabila terdapat salah satu anggota tubuhnya yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan merasakan sakit, dengan tidak dapat tidur dan demam.”
(Hadith Riwayat Muslim)
malah banyak lagi dalil yang menyebutkan perihal persaudaraan dalam islam.. kita mungkin telah lama mendengar dalil-dalil ini.. kita mungkin dahulu lagi telah tahu mengenai dalil-dalil ini.. mungkin juga telah berulang kali abang-abang dan kakak-kakak kita di sekolah mengungkapkannya.. mungkin juga sering kita terbaca di dalam internet atau artikel-artikel di luar sana.. tetapi pernahkah kita terfikir apa yang dibawa bersama oleh dalil-dalil ini.. apakah kita terlibat dalam apa yang diperkatakan di dalam dalil-dalil ini.. apakah kita punya tanggungjawab yang diberikan dalam setiap dalil-dalil ini.. di manakah saudara-saudara kita sekarang?.. apa yang sedang mereka lakukan?.. selesa tidak kehidupan mereka?.. apakah mereka seperti kita?.. bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda..
Dari Qatadah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak beriman salah seorang diantara kalian, hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.”
(Hadith Riwayat Bukhari)
namun hari ini.. apa yang dicintai oleh kita, apakah saudara kita juga dapat perkara tersebut?.. apakah mereka tidur di atas katil mewah seperti kita?.. apakah permainan mereka komputer canggih seperti kita?.. apakah minuman mereka manis dan sedap seperti kita?.. apakah pakaian mereka cantik seperti kita?.. yang lebih penting apakah mereka mendapat kasih sayang ibu bapa seperti kita?..
di kalangan mereka, ramai yang bapanya telah syahid atau dipenjarakan.. tetapi kita lalai dalam mengambil berat tentang mereka.. terutamanya diri ini.. kalian mungkin sekali tidak.. maafkan diriku, wahai saudara-saudaraku.. janganlah kalian meminta hutang perhatian kalian di akhirat kelak.. kerana diri ini sudah cukup hina dengan dosa yang dilakukan sendiri, maka janganlah kalian menambah berat timbangan kiri diri ini pada hari pembalasan kelak.. maafkan diri ini..
seperti kisah sekawan kerbau dan sang serigala.. kita tidak lagi bersatu.. sebagaimana kesatuan ummat terdahulu.. peperangan dan pergelutan di negara saudara-saudara kita berlalu tanpa sedikit pun mendapat perhatian dari kita.. na3uzubillahi min zalik.. apa yang telah terjadi kepada masjid Babri?.. apa yang berlaku di Bosnia?.. apa nasib mujahidin di Chechnya?.. apa perkembangan di selatan Thai?.. bagaimana Kashmir sekarang?.. apakah ada permasalahan yang berlaku di Lubnan?.. adakah Iran sejahtera rakyatnya di kalangan mereka?.. apa khabar berita Pakistan sekarang?.. apakah Afghanistan telah aman tenteram?.. bagaimana kemelut Iraq?.. lupakah kita pada saudara di Darfur?.. apakah Filipina telah aman damai?.. masih adakah permusuhan di Indonesia?.. bagaimana saudara-saudaraku di Acheh?.. apa kesudahan pergelutan di Ambon?.. malahan, apa nasib saudara-saudara islam di bumi tanah air ku sendiri.. bagaimana kedudukan islam di Malaysia?..
sungguh, aku terlalu lalai dengan dunia.. kemewahan dan kesenangan telah melupakan aku kepada saudara-saudaraku.. maafkan diri ini.. janganlah kalian menemplak diri ini di hadapan Allah kelak.. berilah ruang dan masa untuk diri ini cuba memperbaiki dan menampal lubang-lubang kosong di hadapan diri ini.. berilah masa untuk diri ini juga bersama kalian di hadapan sana.. sama-sama mencari syahid.. sama-sama dalam rombongan meminang bidadari syurga.. sama-sama menandatangi kontrak istana di syurga.. sama-sama bermain di halaman istana kalian.. moga diri ini sedikit sebanyak dapat membantu perjuangan kalian.. biarlah kalian askar yang berjuang di hadapan pada waktu ini, tetapi diri ini tidak mahu ketinggalan walaupun sekadar menjadi bantuan dari bahagian belakang tentera sekarang.. moga ditsabatkan atas jihad di jalanNya.. amin..
maaf andai kata ada yang merasakan ini terlalu panjang untuk dibaca.. dan mungkin juga ada yang merasakan ia sedikit pun tidak membawa manfaat kepada kita.. tetapi apa yang ditulis ini adalah peringatan dan luahan hati dari insan yang telah lama mengabaikan hak saudara-saudaranya.. seperti kisah kerbau dan serigala.. hari ini mereka diserang, apakah ada jaminan esok bukan kita pula yang diserang?.. mereka dibunuh dengan kejam.. ditembak kepalanya.. diletupkan tubuhnya.. disiat dagingnya.. dipatahkan tulangnya.. dipermain-mainkan seperti binatang.. wanita dirogol.. anak kecil dibunuh tanpa belas kasihan.. tetapi tiada satu pun negara islam yang mampu berbicara atau menghentikan semua ini.. moga masih ada jiwa-jiwa yang berjiwakan jiwa manusia.. tidak seperti binatang.. bukan seperti kerbau!..
apa yang ditulis ini pertama sekali ditujukan kepada diri sendiri.. kemudian barulah kepada pembaca sekalian.. diri ini yang menulis, maka diri inilah yang pertama sekali membaca penulisan ini.. idea yang ditulis ini keluar dari otak yang lalai dan leka ini.. ayat yang kalian lihat ini diolah oleh diri yang daif lagi kurang ilmunya.. cuma mengharapkan perkongsian kesedaran ini, sedikit sebanyak mampu membantu saudara-saudaraku di seluruh tempat dan setiap masa, agar mereka menjadi lebih kuat untuk terus berjuang.. biarlah diri ini sekadar tentera sekecil semut di belakang satu tentera Allah yang gagah dan berani mencari syahid pada waktu ini, daripada diri ini lalai dan leka dengan kehidupan dunia melihat peperangan saudara sendiri bagai melihat kisah perang di kaca televisyen.. sekurang-kurangnya diri ini masih punya modal untuk dipersembahkan di hadapan Allah kelak.. moga perjuangan ini perjuangan ikhlas kerana Allah.. amin.. moga semuanya tsabat di atas jihad di jalanNya.. amin..
moga diri ini sentiasa beringat.. dan tidak lagi lalai dan leka oleh perancangan musuh-musuh islam.. moga diri ini sedar akan agenda musuh-musuh Allah.. dan moga kita bangkit dan berjuang mencari redha Allah.. amin..
sebelum diakhiri.. diri ini tahu akan kurangnya ilmu yang ada di dalam dada.. bukanlah dengan menulis apa yang telah ditulis ini dan sebelum-sebelum ini menaikkan satu tingkat darjat diri ini dalam masyarakat.. malah sedikit pun tidak berganjak.. malah mungkin sekali menjatuhkan diri ini ke martabat paling rendah apabila tanggungjawab untuk diri ini mengotakan dan melaksanakan apa yang ditulis selama ini tidak ditunaikan.. oleh kerana itu, sebarang kesilapan atau kesalahan sangat diminta agar diperbetulkan.. jangan biarkan diri ini sesat keseorangan.. bagai orang gila tergapai-gapai mencari jalan kemudian beria-ria bercerita kepada orang ramai akan jalannya.. na3uzubillahi min zalik.. moga semuanya senantiasa diberi petunjuk dan hidayah olehNya.. amin.. moga sentiasa diberi kekuatan untuk mengamalkan ilmu yang ada.. amin..
maaf andai kata penulisan sukar difahami.. sudah lama tidak menulis.. terasa seperti janggal bila menulis.. mungkin sahaja ada gaya bahasa yang ditidak difahami.. semua itu kelemahan diri ini.. doakan agar kembali bersemangat untuk menulis semula.. amin..
moga amalan selari dengan penulisan..
moga amalan segaris dengan lisan..
moga amalan sehaluan dengan apa yang diperkatakan..
moga amalan semuanya samata-mata untuk Tuhan..
Allahu Rabbi wa Rabbuk..
wAllahu a3lam..