keep update with us on facebook!

Wednesday, March 20, 2013

Enggang sama enggang, pipit sama pipit

Dalam seharian kehidupan kita, kalau kita renung, kalau kita fikir, kita akan rasa.

Yang baik-baik, kebanyakan masanya akan diluangkan bersama yang baik-baik,

yang nakal-nakal, lebih selesa lepak dengan yang nakal-nakal,

yang minat hoki, dengan hokinya, yang rugby dengan rugby nya,

lumrah,

kita lebih selesa bersama kelompok yang sehaluan dengan kita,

aku lihat, aku sedar dan aku belajar.

kadang kala keldai perlu acah kuda ajak berlumba,

agar kita lebih kenal dunia,

dalam survival menuju kepada Nya.



-FaizRodzi-


Monday, March 18, 2013

bersihkan jalan

Kebelakangan ini aku menjauhi sebarang komitmen yang aku kira tidak perlu, mengganggu aku dari terus fokus dengan apa yang aku ingin kan. Aku tiada banyak komitmen sekarang ini, lebih suka buat apa yang aku suka, dan memerhatikan sahaja. 

Aku suapkan minda dengan apa yang aku rasa perlu. Caranya create akaun twitter baru, follow orang yang mampu beri input yang kita mahukan, leave group facebook yang hanya semakkan notisfication, unfriend rakan-rakan yang sekadar meroyan semakkan timeline.

tak 'follow' kembali, unfriend kawan, leave group mungkin boleh dilabel sombong.

abaikan semua itu, melabel itu dah memang kerja orang kita.

terus fokus dan konsisten melangkah.

sama-sama kita doa, untuk diri dan umat.

FaizRodzi