keep update with us on facebook!
Sunday, January 20, 2013
Maaf, tak berminat
Aku didekati seorang senior, menawarkan sesuatu yang sangat berat, amanah.
Ditanya sama ada aku berminat utk bertanding pada PRK yang dijangka februari ini. Aku senyum. Aku bukan jenis yang mudah menurut ajakan. Setiap langkah, keputusan, semua difikir masak-masak.
"hg ingat aku berminat nak jadi kuli admin?"
Ringkas, bersahaja tetapi tegas. Meskipun ada pihak yg siap sedia menyokong, membentuk jentera pilihan raya utk sama-sama bergerak kerja, respin aku jelas.
Aku dah nilai struktur perwakilan pelajar, aku dah teliti perlembagaan, aku dah perhati keadaan sekeliling yg berkisar tentang kampus tempat aku belajar ini. Aku tak bodoh.
Sungguh pun aku mengikut rapat perkembangan mahasiswa di malaysia, aku punya idea untuk menambah baik sistem sedia ada tapi kongkongan sedia, tahap pemikiran sedia ada, membuat kan aku simpan semua itu dengan rapi. Lupakan saja.
Hidup perlu teguh pendirian, prinsip kena mantap. Aku bukan lalang, ikut rentak angin, menurut setiap ajakan.
Sesiapa sahaja boleh tampil menawarkan aku itu dan ini, aku nilai, kalau tak selari dengan visi dan misi, aku abai.
Jawapannya mudah, "maaf, aku tak berminat".
Aku nak jadi apa yang aku nak jadi, bukan nak jadi apa yang orang nak aku jadi.
Sekian.
FaizRodzi
Friday, January 18, 2013
Apa nak jadi?
Hari ini aku termenung panjang.
Awal semester, kepala masih lapang dari hal akademik.
Aku seorang pelajar kejuruteraan, mengusahakan perniagaan, berbicara soal politik, bersukan dengan keterlaluan.
Melihat kepada semua itu buat aku berfikir, apa aku nak jadi sebenarnya.
Ke mana aku nak pergi?
Mengeluh sendirian.
FaizRodzi
Monday, January 14, 2013
Tahun baru
Tahun baru, semester baru.
Tiada permulaan yang luar biasa, namun perancangan hari mendatang tampak luar biasa, ya luar biasa bagi saya, yang hanya insan biasa.
Makin hari makin letih.
Aku tak letih menatap isu semasa, perkembangan politik negara, tapi cara kita menyikapi setiap perkara buat aku letih.
Pesan bijak pandai, tinggalkan perkara yang semakkan kepala, keluar dari kelompok manusia yang membazirkan tenaga kita. Fokus.
Dengan itu aku mengambil beberapa langkah segera. Mengehadkan ruang sosial. Meninggalkan group yang hanya semakkan notisfication.
Mungkin nampak penting diri, tapi katalah apa nak kata. Itu hak anda.
Sekian.
FaizRodzi
Sunday, January 6, 2013
2013
There were rumours that this world will end by Dec 2012, yet today everybody are still living.
I just ended my final exam and new semester will start by Jan 14. A very short break. Anyhow short or long break will only be beneficial if and only if we can utilize every single day that we have.
New semester, new year and so many things to be learn and achieve. Stay focus.
Grown up!
FaizRodzi
Subscribe to:
Posts (Atom)