Hujan itu nikmat, sungguh enak bagi anak muda macam saya untuk terus membuta. Mungkin kita mengatakan ianya nikmat kerana ia membuatkan kita rasa selesa tetapi bagaimana pula dengan manusia yang mata pencariannya bergantung kepada factor cuaca?
Kisah Lahuma & Jeha
Mereka yang pernah membaca dan menghayati novel Ranjau Sepanjang Jalan pasti dapat mengagak apa yang terlintas di fikiran saya. Bagi yang baru kali pertama mendengar, boleh la menggunakan khidmat ‘Google’.
Saya merasakan dengan kondisi cuaca sekarang ini, air sudah melimpahi petak-petak sawah dan padi juga sudah mula rebah. Para penoreh getah juga pasti menggaru kepala tanda resah. Resah mereka mungkin mendapat simpati kita, tapi apa yang dirasa pasti diluar jangkaan kotak pemikiran kita. Shahnon Ahmad memperkayakan bait tulisannya dengan gaya bahasa hiperbola bukan sekadar suka-suka, tapi itulah hakikatnya “berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul”.
Obses dengan hidup sendiri
Manusia menurut Sun Tzu melaui karyanya ‘Art of War’ menyifatkan manusia ni secara semula jadinya memang pentingkan diri sendiri.
“Give two men a spear each and in no time, they will be locked in combat to prove one is superior to the other. It is the nature of people to be egoistic” – Sun Tzu, 500 B.C
Tidak perlu pergi jauh, lihat pada diri sendiri apa kita ini penting diri?
Teringat kata-kata seorang sheikh yang tiba-tiba ke hadapan mengambil tempat pentazkirah semasa tazkirah Ramadan Jumaat lalu, dengan nada sedikit tinggi katanya:
“Saya nak menyeru kepada ibubapa, jangan benarkan anak-anak main mercun. Jangan bagi duit pada mereka, kalau ibubapa tak bagi duit mana mereka nak dapat duit beli mercun. Saya sedih, semalam akhbar lapor ada budak putus jari sebab main mercun. Tapi umat hari ini saya pelik, tak ada iman, orang beriman kalau saudara seaqidahnya sakit dia turut rasa sakit. Tapi apa kita rasa? Ala biar lah bukan anak kita? Ada iman ka tak dak kita ni?”
Ini lah kita, setelah disemai gaya hidup Eropah. Kaji lah sejarah Eropah, mereka lah yang memperkenal sistem ‘ranking’ dan mengagungkannya. Sistem itu lah yang membawa kepada penting diri, kerana yang berada di puncak akan disanjung dan dipuja. Kita tidak rasa kerana sejak kecil dah berada dalam sistem ini, mendapat tempat pertama itu hebat. Betulkan?
Kesimpulan: jangan lupa orang di bawah
Saya tidak kata memandang yang di atas itu tidak elok, pandanglah, jadikan ia sumber motivasi untuk kita terus memacu diri kehadapan. Cuma kita perlu ingat, berhati-hati dengan tingkah laku kita. Tidak semua manusia seuntung senasib macam kita. Mungkin kita gembira tapi mereka sedang bermuram durja, ada kita peduli?
Pesan Puan Adilah (guru fizik), tips untuk terus kekal senyum itu dengan memandang orang yang berada dibawah. Ia akan membuatkan kita rasa bersyukur.
Sekian.
-mfr5071-
*gambar sekadar hiasan (ihsan google)