keep update with us on facebook!

Friday, March 19, 2010

perjalanan diteruskan

hari ini beberapa perkara telah diputuskan. juga beberapa perkara telah diselesaikan. post ini ditulis dengan mood yang serius. kadang-kadang perlu bertegas dengan diri dan tegas dalam membuat keputusan. sesetengah keadaan menuntut cara autokratik.

perjalanan akan diteruskan. Bersyukur kerana Allah memberi sedikit ruang untuk merancang walaupun hasilnya kita belum pasti. Namun setiap perancangan perlukan disiplin yang tinggi. juga kebergantungan kepada Allah tidak sama sekali dilupakan.

kepada rakan-rakan, tak kisah rakan sekolej, rakan sekolah mahupun rakan seaqidah, ana mohon undur diri buat seketika. namun kalau ditakdir untuk selamanya, ana redha.


"tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati,dan bahawasanya pada hari kiamat
sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa yang dijauhkan
dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. dan
(ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan
pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang
terperdaya." [3:185]

sekian.

-mfr5071-