keep update with us on facebook!
Monday, November 19, 2012
Jangan pernah rasa putus asa
Pagi yang dingin sambil menonton MHI, membincang perihal saudara-saudara di Palestin.
Sarapan dijamah dalam sebak. Tahan, kerana aku sedar yang diharap mereka di sana bukanlah ratapan kosong bersama linangan air mata, tetapi usaha.
Aku lemah, aku tak berkuasa tapi tak mengalah.
Ingat pesan Ya'kub kepada anak-anaknya, jangan pernah berputus asa dari rahmat Allah, kerana yang putus asa dari rahmat Allah hanya dari golongan kafir. (12:87)
Terus kuat saudara-saudara ku. Teguh, tabah, kerana yang menanti itu syurga Allah.
FaizRodzi
0921
UTP
Saturday, November 17, 2012
Aku mahasiswa lesu
Terbaring diatas sofa. Buntu. Langit kian hitam, bakal hujan mungkin.
Sekarang ini dalam proses membaca buku "sejarah gerakan mahasiswa dalam cerminan dekad" karangan Riduan Mohamad Nor. Menelaah sejarah mungkin bosan, namun aku lawan rasa bosan itu demi keperluan.
Mengelamun jauh juga menghayati mesej yang cuba disampaikan oleh penulis. Membandingkan mahasiswa dulu dan sekarang, jauh bezanya, bertambah jauh kalau dibandingkan diri sendiri yang juga bergelar mahasiswa. Malu dan kecewa.
Entah dimana silapnya. Mahasiswa dari kaca mata saya masih kaya dengan ideologi, tegar merangka strategi perjuangan tapi...Ya tapi mahasiswa hari ini kehilangan beberapa elemen yang penting bagi saya. Keberanian dan kelantangan selaku badan gerakan semak imbang hala tuju negara ini sudah mati. Dibunuh secara terancang demi keselesaan pihak berkepentingan.
Aku menuding kepada diri sendiri yang lesu, bacul untuk melangkah walau setapak. Mahasiswa diluar sana giat mengatur langkah, menyuburkan ideologi melalui pelbagai medium, sedang aku kaku terperuk di tapak lombong yang kononnya sibuk menadah ilmu.
Ya Allah, aku memohon kekuatan, pimpinlah hamba Mu ini. Sekali aku bangun, dua kali aku jatuh dan kini aku hampir tidak mampu untuk bangun lagi. Sungguh, saat ini aku rasa lemah sekali.
FaizRodzi
Friday, November 16, 2012
Oh Gaza
Usai solat subuh, biasanya timeline tweeter mati tapi pagi ini sarat dengan berita dari palestin. Gaza sedang hebat dibedil.
Hati sayu.
Sesaknya rasa diri ini kerana tak mampu berbuat apa-apa. Hanya berdoa itu pun entah la. Apa lah sangat nilai doa seorang hamba yang penuh dosa ini. Entah sampai atau terhijab. Allah.
Oh Gaza, maafkan aku.
FaizRodzi
0655
Pokok Sena
Monday, October 22, 2012
travelog pengisi masa lapang
Kebelakangan saya lebih cenderung membaca travelog, kisah-kisah benar perjalanan hidup insan yang dilihat dari kaca mata tokoh-tokoh hebat. Bagi saya bahan bacaan sebegini lebih santai dan bersesuaian dengan keadaan rutin hidup semasa yang boleh tahan kelam-kabutnya. Segan mengatakan diri ini sibuk kerana apa lah sangat rutin seorang mahasiswa macam saya.
tak dapat dinafikan menelaah kitab-kitab sirah, fiqh dakwah dan kita-kitab agama lain lebih 'afdhol' bagi menambah ilmu dan pemahaman tapi saya beralih kepada bacaan santai sementara saya dapat sesuaikan rutin hidup yang semakin mencabar. Kuncinya membaca tak boleh tinggal.
Namun kesan pembacaan buku-buku bergenre travelog ini sedikit sebanyak mencorak cara kita berfikir dan melihat dunia. Terutama bila membaca travelog karangan tokoh-tokoh ilmuan, kita akan dapat merasakan beza cara hidup kita dan cara hidup mereka. Betapa jauhnya kita dari cara hidup sepatutnya.
Saya tak pasti sama ada kajian psikologi tentang kesan genre pembacaan terhadap gaya hidup dan cara kita berfikir tapi secara jujur berdasarkan pemerhatian dan pengamatan saya, apa yang kita tonton dan baca punya impak besar dalam masyarakat.
Tak perlu pergi jauh, cuba lihat disekeliling kita. Pasti kita akan sedar yang lagak bicara dan gaya masyarakat kita terutama anak muda seperti kita pernah lihat. Kalau tak seperti dalam novel remaja yang kita baca pasti seperti movie yang meletup di panggung.
Entah ke tahap mana isu ini dipandang di peringkat penerbit filem dan syarikat penerbitan buku. Tapi bagi saya isu ini agak serius. Tak perlu merungut itu ini dengan karenah masyarakat hari ini sedangkan kita sendiri menyemai budaya itu melalui kaca tv dan media cetak.
Justeru kawan-kawan, kita bebas membaca dan menonton apa yang kita suka namun segalanya berbalik kepada bagaimana kita melihat sesuatu perkara. Moga kita melihat dengan berpaksi kan Quran dan Sunnah.
sekian.
FaizRodzi
22/10/2012

Saturday, September 29, 2012
Jom Ubah!
Dalam perkiraan saya, sudah mencecah lima bulan saya tidak
berkomentar tentang isu politik di Tapak Pembinaan ini. Bukan kerana sudah
tidak peduli lagi tapi ini lah yang dirancang. Hal ini kerana saya sendiri
kesal dengan coretan dan komentar saya berkenaan politik di laman ini yang
kebanyakannya dipengaruhi emosi walaupun terdapat kenyataan yang disokong
fakta. Saya insaf.
Tempoh ‘senyap’ dari politik ini saya gunakan untuk
muhasabah dan berfikir untung rugi, kesan daripada terus peduli isu politik
hari ini yang rata-rata anak muda benci
dan cuba elakkan diri darinya. Terasa mual bila berbicara isu politik.
Saya baca dan teliti, saya dengar dan amati. Ceramah berunsur
politik juga saya hadiri. Banyak artikel dan video yang boleh membuatkan kita
berfikir dan koreksi diri. Antara yang membuatkan saya terkesan ialah coretan
Ustaz Hasrizal yang bertajuk Atas PAGAR Makan Budi yang menyentuh banyak aspek
yang baik untuk dihadam oleh anak muda. Peruntukkanlah dalam 5 minit, impaknya
besar insyaAllah.
Politik yang menghakis nilai
Saya gembira melihat ramai anak muda yang semakin peduli
dalam isu politik walaupun mulut kata benci politik, ‘no politic please’, tapi
hakikatnya kita tak boleh lari. Justeru saya menyeru anak muda yang terlibat atau
mahu terlibat secara langsung dalam arena politik, perincikan nilai yang perlu
kita persembahkan kepada umum dalam erti kata lain akhlak kita.
Saranan saya, mari sama-sama kita cerminkan akhlak yang
positif dalam member tindak balas dalam sebarang isu politik tidak kiralah
melalui medium apa sekali pun. Perkataan yang dipilih, cara membangkitkan
sesuatu isu dan aspek lain yang kita rasa perlu dalam usaha kembali memurnikan,
mensucikan kerancakan gelanggang politik.
Ayuh cipta rentak kita sendiri, anak muda!
Aneh kiranya kalau kita menyuarakan kebencian kepada politik
kotor, jatuh menjatuhkan, memperlekeh antara satu sama lain dengan lagak hujah
tak ubah seperti kanak-kanak tadika bertikam lidah, tapi kita sendiri yang menjadi penyebab kekotoran itu. Justeru kita anak muda yang
bakal mewarisi negara ini ayuhlah kita cipta rentak kita sendiri, rentak
politik yang kita idamkan. Bersih lagi suci, hormat antara satu sama lain serta
lontaran idea dan hujah yang disadur ilmu yang sahih. Biar kita lah yang
menjadi ‘transition generation’ (*tak wujud rasanya istilah ni*) kepada
perubahan ini.
Percaya dan yakinlah, kalau kita berjaya mulakan dengan diri
kita sekurang-kurangnya dengan mencerminkan akhlak yang baik dalam politik hari
ini, insyaAllah kita akan bergerak kearah negara yang lebih makmur dan usaha
mensejahterakan rakyat akan menjadi lebih subur. Tatkala itu, beradalah anda di
pihak mana pun, ianya bukan lagi masalah besar. Cuma yang membezakan kita hanyalah
agenda dan pendekatan dalam berpolitik, cita-cita kita sama, membentuk sebuah
negara yang makmur, seperti makmurnya kota madinah berpaksikan piagam madinah.
Akhir kalam, setiap perubahan yang diinginkan perlukan
langkahan bukan sekadar cakap kosong itu dan ini. tak kira lah siapa kita,
pemerintah mahupun rakyat biasa, kita hanyalah hamba. Siapa kita nak mendabik
dada dengan kuasa sedangkan kita hanyalah hamba?
Sekian.
FaizRodzi
UTP, 0920
September 29, 2012.
Subscribe to:
Posts (Atom)