keep update with us on facebook!

Showing posts with label travelog. Show all posts
Showing posts with label travelog. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Dari Kedah ke Sarawak


“ Hello Faiz, dah mula cuti dah?”

“Dah , baru semalam, kenapa?”

“Nak main SUKMA dengan team Sarawak? Kalau nak esok turun latihan, turf Sungai Petani”

“Sarawak?”

Perbualan dengan Abu menjadi pembuka kepada cuti semester aku. Lelah lapan bulan bertempur di medan akademik belum hilang, sudah perlu bergegas untuk meneruskan kehidupan yang jalan ceritanya sukar dijangka.

Dilema juga sebenarnya, antara Kedah dan Sarawak, antara tidak cergas dan kurang latihan, aku bukan bintang dalam sukan hoki ini untuk berhijrah sesuka hati tapi ini rezki.

Menjadi tabiat diri untuk berfikir panjang, cuba menjangka jalan cerita yang bakal tercoret dengan keputusan yang bakal dibuat. Tekad, “lets do this!”

Kawan

santai di Teluk Cempedak
Tak dapat dinafikan bergaul dengan manusia dapat mengajar kita seribu macam pengajaran berguna dalam kehidupan. Menyelami hati budi kawan yang baru kenal sehari dua, cara berfikirnya mereka, menakjubkan. Aku membesar dalam kelompok manusia yang diiktiraf akademik mereka, golongan pandai kononnya. Namun kawan-kawan baru saya ini, walau akademik tak seberapa tapi saya kagum, saya hormat. 

Mereka hebat dengan cara mereka. Sebaya dengan saya malah lebih muda, sudah fikir dan berkira-kira duit ni untuk mak di kampong, buat bayar duit motor, duit astro, buat belanja adik-adik. Anak semenanjung masuk university main dota, duit ptptn/biasiswa untuk bergaya dan berfoya-foya? Fikir!

Konflik

Hidup kalau jalan ceritanya nak ‘best’ sahaja, bosan. Pasti ada ujian kalau mengaku beriman. Kadang-kadang sesak juga mengawal emosi diri. Bergelut dengan prestasi hambar setelah bertahun meninggalkan lapangan ini, keyakinan diri merudum dan provokasi luaran yang sedikit sebanyak menambah keperitan.

Setiap parut yang tinggal sepanjang di kem latihan dan SUKMA akan ku ingat sebagai pengalaman yang bakal menjadi panduan hikmat untuk masa-masa akan datang. Kita mampu sembang ‘pum pang’ sana sini tapi sembang siapa pun boleh, pengalaman tak semua orang ada. Sebab itu bila melihat gelagat rakan-rakan sekeliling dalam membicarakan sesuatu, ramainya hebat, kreatif Cuma jangan perlekeh. Prinsip itu perlu pegang, kerana kalau tak pernah rasa jangan kata.

Kesimpulan

Dua bulan bersama TeamSarawak tidak mampu ku nukilkan semuanya dalam satu entry ini Cuma insyaAllah setiap pengajaran akan diterjemahkan dalam mengharungi kehidupan menuju Tuhan.

Ramai tannya macam mana boleh terlepas ke Sarawak, ini lah kisahnya. Ramai juga tanya 'masyuk' tak main Sarawak, itu saya tak nak cerita kerana saya memburu lebih dari itu. Hidup terlalu abstrak, ‘Siapa kita menentukan cara kita melihat’ dan natijahnya ‘Cara kita melihat menetukan apa yang kita dapat!’


in memory SUKMA2012

FaizRodzi

0141, 15/8/2012


Monday, June 4, 2012

Travelog: Persekitaran mengajar erti kehidupan


Hampir sebulan cuti semester telah berlalu. Walaupun Tapak Pembinaan dah jadi macam tapak projek terbengkalai, namun masa terus berdetik, usia terus meningkat.

Travelog

Kini aku bersama skuad SUKMA sarawak. Tak perlu tanya kenapa sarawak, sedangkan aku anak kelahiran negeri jelapang padi. Hidup dengan budak-budak sukan membawa aku jauh keluar dari 'zon selesa'. Situasi yang membuatkan aku lebih menghargai iman yang ada.

Banyak aku belajar dari rakan-rakan baru aku di sini yang saban hari membawa aku jauh berfikir akan erti hidup, serta nikmat yang pernah aku kecapi. Rasa lebih bermakna. InsyaAllah aku akan cuba kongsi di sini kalau diizinkan. Moga dapa dijadikan batu-bata untuk teruskan proses pembinaan.

Isu semasa

Hari ke hari aku gagahkan diri menyelak akhbar, menonton berita di televisyen dan membuat kunjungan ke laman media alternatif. Kadang kala diri ini rasa letih dengan mainan berita, dari politik hingga ke permasalahan dalam dunia sukan.

Pernah satu ketika aku tinggal terus dari mengambil tahu tentang isu semasa, tapi lama kelamaan rasa seperti ada kekosongan. Tak lengkap. Muhasabah sendirian menyimpulkan perlu untuk ambil tahu isu semasa sebagai pandu arah dalam kerja buat seharian.

Persekitaran mengajar erti kehidupan, kalau kita berfikir :)

Sekian.

-FaizRodzi-