keep update with us on facebook!

Showing posts with label diary. Show all posts
Showing posts with label diary. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

exam mode activated

today is December 2nd already. Exam is just around the corner. No matter what, i have to push my self all the way to improve back my cgpa. i never aim for gpa 4.0 because i think i dont need it. My effort is just to calm down my parents that surely worried about my current academic condition.

Result is result, for me what is more important is the way you get the result, the effort that you put on and what did you learn along the journey to the result.

sign out facebook.

sign out twitter on web, still on twitter with tablet to keep update with the world.

Exam on Dec 27th - Jan 6th.

I wish myself good luck ;p

FaizRodzi

Saturday, November 17, 2012

Aku mahasiswa lesu



Terbaring diatas sofa. Buntu. Langit kian hitam, bakal hujan mungkin.

Sekarang ini dalam proses membaca buku "sejarah gerakan mahasiswa dalam cerminan dekad" karangan Riduan Mohamad Nor. Menelaah sejarah mungkin bosan, namun aku lawan rasa bosan itu demi keperluan.

Mengelamun jauh juga menghayati mesej yang cuba disampaikan oleh penulis. Membandingkan mahasiswa dulu dan sekarang, jauh bezanya, bertambah jauh kalau dibandingkan diri sendiri yang juga bergelar mahasiswa. Malu dan kecewa.

Entah dimana silapnya. Mahasiswa dari kaca mata saya masih kaya dengan ideologi, tegar merangka strategi perjuangan tapi...Ya tapi mahasiswa hari ini kehilangan beberapa elemen yang penting bagi saya. Keberanian dan kelantangan selaku badan gerakan semak imbang hala tuju negara ini sudah mati. Dibunuh secara terancang demi keselesaan pihak berkepentingan.

Aku menuding kepada diri sendiri yang lesu, bacul untuk melangkah walau setapak. Mahasiswa diluar sana giat mengatur langkah, menyuburkan ideologi melalui pelbagai medium, sedang aku kaku terperuk di tapak lombong yang kononnya sibuk menadah ilmu.

Ya Allah, aku memohon kekuatan, pimpinlah hamba Mu ini. Sekali aku bangun, dua kali aku jatuh dan kini aku hampir tidak mampu untuk bangun lagi. Sungguh, saat ini aku rasa lemah sekali.

FaizRodzi

Friday, November 16, 2012

Oh Gaza


Usai solat subuh, biasanya timeline tweeter mati tapi pagi ini sarat dengan berita dari palestin. Gaza sedang hebat dibedil.

Hati sayu.

Sesaknya rasa diri ini kerana tak mampu berbuat apa-apa. Hanya berdoa itu pun entah la. Apa lah sangat nilai doa seorang hamba yang penuh dosa ini. Entah sampai atau terhijab. Allah.

Oh Gaza, maafkan aku.

FaizRodzi

0655

Pokok Sena

Monday, October 22, 2012

travelog pengisi masa lapang

Kebelakangan saya lebih cenderung membaca travelog, kisah-kisah benar perjalanan hidup insan yang dilihat dari kaca mata tokoh-tokoh hebat. Bagi saya bahan bacaan sebegini lebih santai dan bersesuaian dengan keadaan rutin hidup semasa yang boleh tahan kelam-kabutnya. Segan mengatakan diri ini sibuk kerana apa lah sangat rutin seorang mahasiswa macam saya.

tak dapat dinafikan menelaah kitab-kitab sirah, fiqh dakwah dan kita-kitab agama lain lebih 'afdhol' bagi menambah ilmu dan pemahaman tapi saya beralih kepada bacaan santai sementara saya dapat sesuaikan rutin hidup yang semakin mencabar. Kuncinya membaca tak boleh tinggal.

Namun kesan pembacaan buku-buku bergenre travelog ini sedikit sebanyak mencorak cara kita berfikir dan melihat dunia. Terutama bila membaca travelog karangan tokoh-tokoh ilmuan, kita akan dapat merasakan beza cara hidup kita dan cara hidup mereka. Betapa jauhnya kita dari cara hidup sepatutnya.

Saya tak pasti sama ada kajian psikologi tentang kesan genre pembacaan terhadap gaya hidup dan cara kita berfikir tapi secara jujur berdasarkan pemerhatian dan pengamatan saya, apa yang kita tonton dan baca punya impak besar dalam masyarakat.

Tak perlu pergi jauh, cuba lihat disekeliling kita. Pasti kita akan sedar yang lagak bicara dan gaya masyarakat kita terutama anak muda seperti kita pernah lihat. Kalau tak seperti dalam novel remaja yang kita baca pasti seperti movie yang meletup di panggung.

Entah ke tahap mana isu ini dipandang di peringkat penerbit filem dan syarikat penerbitan buku. Tapi bagi saya isu ini agak serius. Tak perlu merungut itu ini dengan karenah masyarakat hari ini sedangkan kita sendiri menyemai budaya itu melalui kaca tv dan media cetak.






Justeru kawan-kawan, kita bebas membaca dan menonton apa yang kita suka namun segalanya berbalik kepada bagaimana kita melihat sesuatu perkara. Moga kita melihat dengan berpaksi kan Quran dan Sunnah.

sekian.

FaizRodzi
22/10/2012
UTP

Friday, August 3, 2012

Terbengkalai lagi

Entah sudah berapa lama terbengkalai. Rutin pun sudah kacau bilau. Hampir lemas dengan arus kehidupan yang pasang surutnya tidak menentu.

Mungkin kerana semakin jauh dengan budaya ilmu.
"Sebelum menulis, kena banyak membaca. Baaaaanyak sebanyak-banyaknya. Penulisan adalah produk pembacaan. Penulis yang kurang membaca, akan menulis bahan yang tidak berbaloi untuk dibaca"

Quoted: Facebook Ust Hasrizal

                                                     foto ihsan facebook A.Samad Said

Perlukan masa untuk kembali muhasabah.

FaizRodzi

Monday, April 30, 2012

Bukan Mudah Mentafsir Hidup

Pagi ini aku terjaga dari tidur tatkala manusia lain masih nyenyak tidur. Keletihan hujung minggu rasa sedikit sirna. Semalam, aku tidur dengan hati gundah dek sikap manusia, mungkin itu pengajaran dari Dia sebagai ruang untuk aku bermuhasabah.

Ruang masa menanti subuh yang masih lambat cuba diisi, membersihkan diri dengan wudhuk, solat sunat dan keluar bersahur, akhirnya aku duduk bersandar di tiang masjid yang masih sunyi. Berfikir dan muhasabah. Mentafsir manusia dan kehidupan bukan mudah tapi kita selalu ambil mudah dalam tafsiran.

Hujung minggu ku dihabiskan di Kuala Lumpur, bersama lautan kuning manusia yang kini hebat dicerca dan hebat pula dipertahankan oleh yang menyokongnya. Hakikatnya, manusia terlalu suka menghukum. Kita perlu akui itu. Tidak salah menghukum, saya menghormati segala bentuk pendapat dan analisa, cuma kebanyakannnya dilontar tanpa sulaman nilai dan tatasusila. Bukan mengharapkan bahasa berbunga tapi cukuplah dengan pilihan kata yang menghormati semua. Alhamdulillah banyak saja respon yang diterima minda biarpun yang menyokong atau mengkritik. Carilah sendiri, kalau saya kongsi nanti ada yang kata saya pilih respon yang sedap pada hemat saya saja. Sekarang saya minta anda pilih ikut cita rasa anda.

Konsekuensi kepada sikap manusia ini, aku memilih untuk berdiam diri dalam orang lain sibuk membahaskan pihak itu salah, pihak ini kejam. Aku melihat perkara ini merentasi dimensi itu. Sekurang-kurangnya duit yang dihabiskan, pedih dan sesak dada meredah gas pemedih mata menambahkan lagi kekuatan dan keazaman dalam diri. Berada ditengah-tengah gelombang manusia yang bermacam ragam mengajar pelbagai perkara.

Apa yang pasti aku puas, merasai sendiri bukan hanya mendengar berita yang disampaikan dari telinga ke telinga. Katalah apa nak kata, aku pilih jalan ini dengan sendirinya. Jalan kita mungkin tidak sama, kerana tafsiran kita berbeza.

Dan hamba-hamba dari Tuhan Yang Pemurah itu, ialah orang­orang yang berjalan di atas bumi dengan sopan dan bila mereka ditegur sapa oleh orang-orang yang bodoh, mereka menjawab dengan "salam".

Sekian.

-FaizRodzi-
UTP, 30/4/2012

Changing Mode 

Sunday, April 1, 2012

u-turn ?

hati ini umpama tanah tandus tidak bersiram,

baru beberapa helai lembaran quran diselak sudah mengah,

seruan dari pembesar suara masjid disahut acuh tak acuh,

lambakan majlis ilmu hanya diikuti dari laman sosial atas inisiatif sahabat,

apa lagi?


Kalaulah esok aku mati?

Astaghfirullah... :'/

Saturday, December 24, 2011

cerita budak sekolah

Kondisi iman yang terhuyung-hanyang bukan waktu yang baik untuk menulis sebenarnya, namun memori yang menerjah kotak fikiran ini meruntun untuk dikongsi, agar tidak basi.

Ini kisah beberapa tahun dulu, cerita budak sekolah. Cerita saya.

Isunya tidak besar. Hanya isu menu di kantin yang semakin menjemukan. Nasi lemak, sambal dan telur goreng untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Justeru kantin yang menjadi alternative kepada dewan makan sebagai tempat ‘mengubah selera’ membuatkan para pelajar hilang punca.

Harga yang dikenakan juga menjadi isu. Tidak dinafikan, harga tidak pernah naik dan tidak pernah turun, namun kuantitinya yang menjadi persoalan.

Walaupun yang menjadi pelanggan hanya budak sekolah, hingusan yang disangka sentiasa patuh sahaja dengan apa yang disedia. Tanggapan tersebut merupakan kesilapan yang amat besar.

Para pelajar mula merungut dan sedia memberontak.

Saya sedar, sekolah punya undang-undang. Masalah boleh diselesaikan dengan mengikut medium yang betul. Perbincangan demi perbincangan dibuat. Jawatankuasa kantin yang terdiri dari kalangan guru sudah dirujuk. Pengusaha kantin sendiri sudah dibawa berbincang. PK HEM juga sudah maklum dengan rungutan pelajar ini.

Namun segala langkah yang diambil seakan sia-sia. Hari berlalu seperti tiada apa yang berlaku. Mungkin, kami hanya budak sekolah, siapa lah sangat kami untuk ‘demand’ itu dan ini. Namun kami pelajar, punya hak.

Remaja, jangan pernah dicabar.

Setelah menemui jalan buntu, alternative yang lebih ‘nakal’ dipilih. Semua penghuni aspura berhimpun dan tujuan berhimpun saya suarakan. Akhirnya kami semua sepakat.

“ bermula esok sehingga genap tujuh hari, selagi mana dia lelaki dan tinggal di aspura, jangan sesekali membeli makanan di kantin. Atau dalam nada lain, kita boikot kantin seminggu”

Saya dan kepimpinan yang ada bersedia berhadapan dengan pentadbiran walau apa yang berlaku.

Segalanya berjalan seperti yang dirancang. Selepas tiga hari kantin tutup. Pihak lain yang merasa tempias ialah guru-guru. Terpaksa makan di luar selama seminggu.

Minggu berikutnya berlangsung pertemuan tiga penjuru. Wakil guru, pengusaha kantin dan saya, selaku wakil pelajar. Saya mengaku bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan menerangkan dengan jelas apa yang saya rasa perlu.

Masih segar diingatan tangisan mak cik pengusaha kantin semasa mesyuarat tersebut, mengkisahkan ‘periuk nasinya’ yang terkesan sepanjang pemboikotan tersebut. Saya mengaku perbuatan tersebut agak kejam, namun mesejnya jelas. Kami bukan ternakan yang hanya ikut saja apa yang dijamu. Kami hanya menuntut apa yang kami rasa perlu.

Seperti biasa, bagi pihak yang baru terkesan bila kekecohan berlaku menyerang saya dari segala sudut. Dituduh biadap, banyak lagi cara baik yang boleh diusahakan.

Saya hanya senyum sambil meminta maaf. Ya, mungkin ianya biadap Cuma saya minta senaraikan apa cara yang dirasakan lebih baik tu, dan saya nak lihat yang mana saya masih belum cuba sebelum membuat keputusan yang dikatakan biadap.

Sekarang semua itu tinggal kenangan. Pengajarannya masih saya simpan.

Berkata memang mudah. Namun yang merasa itu, pedihnya lain.

Sekian sahaja, penulisan spontan. Hanya cerita budak sekolah, tidak layak untuk dipandang serius. Jauh sekali untuk dibandingkan dengan cerita bakal-bakal professional harapan Negara.

-mfr5071-

Monday, November 7, 2011

lemah dan rebah

jam 0031, hanya tinggal bunyi kipas menghias kesunyian malam.

Buntu.

Rasanya sudah berkali laman sesawang yang bergelar 'TapakPembinaan' ini dilawati tapi berakhir dengan klik pada butang 'x'. Bukan kerana tidak punya idea, tetapi 'tak sihat'.

"rerajin lah sikit update blog bro"

"bro, aktif sikit menulis"

*sigh* . mengeluh seorang diri.

nafas ditarik dalam-dalam.

sehingga saat ini pun butang 'ctlr' + 'a' dan 'backpace' sudah berkali ditekan.



astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah.
-mfr5071-

Saturday, September 3, 2011

just for 40 days

in the name of Allah, the most gracious the most merciful

if looking back to the archive of this blog, i wasn't consistently writing here. it doesn't mean i'm getting bored on blogging but ........


Anas r.a berkata :
"Kemalasan mendirikan solat, kekurangan rezeki dan ketidak gembiraan adalah akibat dari dosa-dosa" ( Kitab Tarikhul Khulafa )

40 days plan

i just updated my 'one note' with some modification on my routine. one of them is 40 days transformation plan. it is just a simple plan that discover physical and spiritual. Pray hard so that it could give out a big impact to me.
while undergo this transformation plan, i would leave facebook, twitter and some other social network inc
luding this construction site.


insyaAllah, something that we practice consistently in 40 days will become part of our nature

If Allah permits, i'll be back with a better way of thinking.

-mfr5071-

Friday, July 15, 2011

diary: "about a journal"

in the name of Allah, the most gracious and most merciful.

i think it has been a long time i'm not writing in english and this time it could be just a simple post, about a journal. perhaps diary and journal can give us a same meaning but there is a story behind the word 'journal'.

when i was form 2, there is a teacher that introduce this word to my class. We were urged to write a journal at least a page per day. Basically we had to reflect our daily life but it turned to be a boring task since life in hostel is a routine. Then my teacher start to realize about it and we were allowed to copy any article from 'thestar' news paper.

Actually i saw this task as a burden with no benefit. While everybody wrote a page per day my journal only a page for two days. haha. see, how lazy i was! unfortunately she was my english teacher when i was form 4 and form 5. btw in form 4 i seems not a school boy, so ignore about it. Meaning 2 years of writing the 'journal'. haha. it was 'unfortunate' just because of the task otherwise i felt really grateful to be her student, a very dedicated teacher.

then when it was near to spm, only i start to realize the importance of the task since that time we had to write a lot of essays as a practice and i could feel my vocabulary and sentence showed not much improvement. it sounds 'cliche'. ( you can judge through this post) In my opinion, if i did wrote the journal everyday at least i can have various of vocab and maybe some 'bombastic' phrases.

Why i write about this?

Actually my holiday suddenly increase and i have to figure out more activities to fulfill my day and the most important thing is with minimum cost but maximum benefit. haha. money is very crucial. so one of the thing is i start to write a 'journal' but not reflecting my day, just copy any article and look out the meaning for the new words. i do this just before going to bed.

"More planning shall give more chances of victory while less planning, less chances of victory. So how about totally without planning?" - Sun Tzu, 500 BC

This is apart of my activity during this long holiday besides of making some money through 'self-employed' business and reading books. it sounds boring right? better go for vacation, hanging out with friends and many more interesting activity BUT if you can sponsor all those activities i have no problem about it. ok then?

thank you for reading, chiow!

-mfr5071-

Monday, July 11, 2011

diary: result

in the name of Allah, the most gracious and most merciful.

Nak diikutkan tak nak tulis hal berkaitan result ni tapi perlu tulis sebab ada yang masih bertanya.

result saya: Dibawah had yang ditetapkan MARA dan ini bermakna saya hanya akan menyambung ijazah kejuruteraan saya di Malaysia. Nak spesifik pergi tanya IB coordinator.

tahniah bagi yang lepas dengan jayanya. ikhwah seusrah, classmate E09D, schoolmate sains kedah yang sama2 buat IB dan all KMBians. Jadikan pelaburan rakyat itu berbaloi!!!

Kecewa?

Tipu kalau langsung tiada rasa kecewa tapi kecewa yang berterusan apa faedahnya. Walau apa terjadi ini untuk saya dan bagi saya, 'i deserve it'. Mungkin nampak seperti saya semakin kurang aktif 'facebook' namun bukan kerana kecewa semata-mata. Hanya dengan niat tak nak 'spoil' mood semasa. Memberi laluan untuk semua meraikan dan melahirkan rasa syukur mereka.

What's next?

Soalan yang cukup sukar untuk dijawab. Saya pun kurang jelas ke mana saya selepas ini yang pasti saya masih dalam bidang kejuruteraan dan akan sambung untuk 'degree'. Jauh di sudut hati masih mahu 'terbang' tapi saya bukan jenis 'cop duit'. Peluang untuk merayu tersangatlah tipis sebab saya bukannya slip satu atau dua mata tapi lebih. Jadi, saya tidak mengharap sangat tapi sering bergurau "doa2 la mana tau duit turun dari langit".

Harapan

Doakan yang terbaik untuk KMBians. Masih ada yang lepas had MARA tapi tidak lepas had universiti, ada yang belum ada tawaran dari mana-mana universiti dan ramai juga yang hanya tersasar satu dan dua mata sahaja untuk lepas had MARA.

Ayuh siapa yang membaca, doa untuk mereka agar Allah tunaikan hajat mereka, cari lah senggang masa untuk tunaikan solat hajat bagi yang mampu. Buat dengan hati yang ikhlas dan nanti anda akan dapat merasakan manisnya nilai ukhwah itu bila melihat tawa rakan-rakan anda mencapai apa yang mereka idamkan. Saya pernah rasa, dan saya inginkannya untuk kali kedua.

For my "E09D brothers"

"Don't allow yourself to be dishertened by any failure as long as you have done your best"

"Young man, if you want to be truly great, you must not be scared of dying,
you must not be Kia Su, you must dare to fail!

"The gretaest achievement in life is to be able to rise up from the depth of failure"

"...life is an adventure, dare it..."


-mfr5071-

Saturday, July 2, 2011

diary: nurKASIH

in the name of Allah, the most gracious and the most merciful.

ini bukan filem cinta seperti yang ditangisi di panggung, tapi bagi saya ia tetap berperihalkan cinta, cinta agama dan bangsa. rujuk sini untuk detail dan 'like' tanda sokongan.

beberapa minggu lepas, hati resah dan gelisah bila menerima jemputan untuk mengisi satu slot program yang diberi nama nurKASIH, anjuran comrad0509 Alumni Sains Kedah/Sultan Mohamad Jiwa (ASSAK).

Slot "seketika bersama idola"

macam 'over' kan tajuk tu? apa lah yang ada pada lepasan IB yang result belum tentu membawa diri ke luar negara dan cebisan pengalaman yang tidak seberapa. sehari semalam saya tenung dan fikir, apakah pengisian yang sesuai. nafas ditarik dalam-dalam. diri perlu 'berisi' dan 'bermotivasi' sebelum mampu mengajak yang lain melangkah walaupun setapak.

asal tugas mengisi slot ini sangat mudah, "merapu lah apa pun, budak2 f2 ja" kata penganjur. namun saya pandang ini serius. agenda umat. sekurang-kurangnya saya diberi peluang melakukan sesuatu bagi memastikan pelaburan negara jutaan ringgit ini tidak sia-sia. orang membenci melihat pembaziran wang rakyat berjuta-juta, sama lah dengan saya tapi sekadar membenci itu bukan cara saya.

saya berbincang dengan beberapa rakan dalam membuat persediaan. ini juga saya anggap medan latihan untuk melangkah lebih jauh. azam saya, penyampaian perlu lebih teratur dan jelas isinya. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.
buat penganjur

saya hargai usaha yang dilakukan oleh juni0r2 saya dalam menganjur dan mengendalikan program ini dan insyaAllah saya akan terus bersama menyokong dan membantu pasukan ini untuk siri yang akan datang. mungkin objektif program boleh diperincikan lagi, kerana orang lain mungkin nampak ini sebagai program biasa tapi saya ingin mengajak adik2 saya ini untuk membuka minda dan pandang lebih jauh kehadapan. kita melabur ratusan ringgit untuk menggilap permata negara yang bernilai jutaan ringgit.

teguran dari saya dan untuk saya juga

usaha dan penat lelah kita dalam menjayakan sesebuah program bukan lah jaminan kepada hasil yang mantap dari program. semua itu kerja Dia yang maha kuasa, yang mampu membola-balikkan hati. Justeru untuk masa yang akan datang kita perlu kuatkan HDA kita dan bertambah kuat semasa menjalankan program. InsyaAllah, hati yang keras pun boleh jadi lembut. semua tahu kan kisah umar al khattab? semuanya dengan kuasa Allah.

sekian perkongsian pengalaman masa cuti, untuk muhasabah diri dan mungkin cadangan/kritikan umum. doa moga Allah berkati dan terima usaha ini.

-mfr5071-

*HDA - hubungan dengan Allah

Wednesday, June 29, 2011

diary: hidup tu berdikarilah sikit, jangan fikir diri sendiri ja.

in the name of Allah, the most gracious and most merciful.

penulisan kali ini mungkin bersifat 'sandarkan pada kenangan' sikit.

kejap tadi baru saja aku berhujah dengan mama kerana kami tidak sependapat. Mama merungut mengatakan cikgu sekarang ni muda-muda ramai jenis 'perongoih' (panas baran) sikit-sikit nak penampar nak rotan. Ini berikutan adik aku yang sakit dan tidur di asrama kena rotan semasa sedang tidur. baru-baru ini kena penampar pula kerana tidak ke kelas 3 hari berturut-turut alasannya sakit juga.

aku faham perasaan seorang ibu. mestilah menyebelahi dan membela anaknya tapi bukan itu kerja cikgu dan warden?

apa yang aku persoalkan betul kah sakit?

pengalaman mengajar aku untuk berhati-hati dengan 'permainan' budak-budak form 1 ni. kadang-kadang tu akal ja lebih sebenarnya. melaga-lagakan pihak admin dan ibu bapa. masa aku form 5 dulu banyak dah handle kes macam ni. Budak-budak macam ni ubat dia memang pelempang atau penyepak ja. Mak ayah serang sekolah, sila lah datang, apa ada hal?

parents: ni kamu yang tampaq anak saya?
saya: ya saya, kenapa?
parents: saya pon tak pernah tampaq dia tau dak?
saya:kira orait la saya first, nih kalau nak anak mak cik dibelai ambil bawak balik, sini bukan tempat dia.
parents: ustaz tengok, kp apa mcm ni kurang hajaq!!
pk hem: nih borang tukaq sekolah banyak kat bilik saya, anak cik boleh naek kemas barang kot!
saya: nak saya suruh kawan2 dia tlong kemaskan? *nada sinis*

lu tak jantan beb panggil mak serang sekolah. begitu saya dididik sejak form 1.

hidup pandai-pandai lah berdikari. jangan manja, jangan belajar jadi malas.

aku dulu darjah satu sampai enam tiga hari ja tak pergi sekolah sebab demam panas. masa sekolah menengah, aku kena terajang ka, pelempang ka sampai nak makan pun tak lalu tak pernah telefon balik rumah pon. adik aku kira beruntung sebab semua masalah cikgu selesai kan, aku kat asrama senior selesai kan sampai lah zaman aku form 5.

mana ketaq pun kena dengan senior. muntah-muntah, pening serta rasa bengong sat tu simptom biasa lepas keluar dari dorm senior.

inilah antara argument aku masa berhujah dengan mama aku tadi. last phrase aku, kalau sakit buat cara sakit, kita bukan tak p bagi ubat tapi jangan dok manja sangat. kalau kita belajaq penuh komitmen, sakit tak yah tunjuk MC pun cikgu percaya.

pesanan untuk adik aku kalau dia baca:
hang punya perangai buat mama susah hati tau dak?! kalau nak merasa ubat yang aku dok bg junior aku makan dulu habaq la, tara anak orang pun aku terajang tampaq ikut dan ja ni kan pulak adik sendiri. mai minta ja, tanpa syarat aku bagi free...boleh tara tu??

sekian.

-mfr5071-

p/s: -aku harap mama tak kecik hati lah tadi.
-adik aku mrsm kubang pasu.