keep update with us on facebook!

Wednesday, June 9, 2010

hanya merepek

sekarang ini aku hanya terperap di rumah. Membilang hari untuk kembali ke kolej. Kredit pun tinggal 11 sen sahaja. Dalam wallet juga tinggal rm201, dimana rm200 itu duit orang menunggu masa untuk di 'bank in' ke dalam akaun.

Saki baki hari yang ada ini akan di gunakan sebaik mungkin untuk membuat assignment,untuk mengubati semula 'luka-luka' dan yang paling penting sekali berusaha menjahit semula sejadah iman yang koyak rabak.

Aku rindu untuk kembali ke kolej. Mungkin orang kata ini kenyataan gila tapi aku hanya rindu atas beberapa perkara. Aku rindukan makanan di DM. Sungguhpun orang kata makan di rumah lebih sedap,tapi mana nak dapat makan 5 kali sehari dengan nasi berlauk + sayur dan juga paling kurang ais kosong yg bernilai rm0.20 di warung-warung. sepanjang cuti aku hanya mampu dengan nasi + telur goreng + kuah serta air suam. Kalau kaya sikit baru beli ais kosong rm0.20. Namun mana mungkin aku sanggup merungut sedangkan masih ada manusia yang kelaparan tidak punya makanan.

Inbox aku selepas ini mungkin lebih lapang. Tiada lagi email dari facebook,friendster,tagged dan banyak lagi lah. Baru sebentar tadi aku deactivate akaun fb, delete akaun myspace dan friendster. Yahoo Messenger pun telah di delete dengan jayanya. Cuma tinggal teratak saja,itu pun kerana aku creatornya.

Apa lagi ya?

selamat meneruskan kehidupan.

-mfr5071-

p/s- gud bye 0408. Selamat mengejar karier.

Sunday, May 30, 2010

tadabbur: wakenabeb

Kita sudah biasa kena 'preng' kan? Bagi yang biasa hidup di asrama ini perkara biasa. Tambahan pula bila tiba hari lahir kita. Tunggulah. Ada sahaja idea-idea kreatif yang muncul dalam kepala sahabat-sahabat kita untuk mengenakan kita. Namun penangan preng itu kita masih lagi boleh suka-suka bergelak ketawa tapi cuba renung ayat dibawah ini. Ini betul-betul punya preng. Nak kata macam cerita realiti tv wakenabeb pun ada.

Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu (hisab): Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. [14:22]

Setelah En. Syaitan bermain wayang dengan kita, kita pon tergedik-gedik tanpa kita sedar yang kita sudah terkena. Kadang-kadang kita sedar tapi buat-buat tak sedar, itu lagilah malang.

Mampukah kita suka-suka dan bergelak ketawa pada waktu itu? Lu pkikir lah sendiri.

Sekian tadabbur untuk kali ini.

-mfr5071-


Thursday, May 27, 2010

seminggu sudah

nampak gaya sudah seminggu bercuti. kecairan iman is directly proportional with time. bukan senang nak maintain kepekatan iman di rumah. Nak update iman pon sukar, kadang-kadang tu updatelah juga sorang-sorang tapi klau update ramai-ramai lagi best. macam main game dota la, lagi ramai lagi meriah.

pesan akhi nu'man,kalau iman tengah down,at least jaga yang wajib. kalau yang wajib pon kantoi, habislah. bila di fikir-fikirkan balik, kiranya kita tidak boleh biarkan iman kita fluctuate macam graph sine, kita kena ada horizontal asymtote y=0. biar iman approcahing zero jangan sampai below than zero. betulkah aku merepek ni? tapi kalau sepanjang masa approaching zero susah juga la kn.

sekarang ni cuti masih berbaki dua minggu,masih banyak yang perlu diselesaikan. minggu depan buat experiment untuk extended essay, world lit masih belum ada progress, I.A. business lagi. Baru kena uji macam ni mutaba'ah sudah tunggang langgang. Bertenanglah. Inilah masanya untuk uji skill mengurus masa. Sahabat-sahabat dulu lagi hebat ujian Allah lagi gencar ibadah mereka.

oh ye,lupa nak ucap selamat berjaya kepada senior-senior KMB. Ikhwah-ikhwah yang tegar mentarbiyah saya yang banyak kerenah ini. Good Luck and congratulation sebab telah berjaya menghabiskan IB. Tak sempat nak salam pun hari last ari tu,akibat paper fizik yang membuatkan saya frust tahap gaban. Langsung mengemas beg dan berambus begitu sahaja.

rasanya sekian sahaja untuk kali ini, biasalah merapu sekali sekala dah tiada orang untuk sembang-sembang keimanan disini so sembang di blog saja lah. Walaupun malam ini malam jumaat,saya masih bujang untuk masuk ke kamar tidur lebih awal. haha...

-mfr5071-

Sunday, April 18, 2010

anti-virus

kita kalau sudah lama tidak online, sudah pasti perkara pertama yang akan kita lakukan bila berpeluang untuk online ialah meng'update' anti-virus agar laptop kita sentiasa berada dalam keadaan yang terjaga.

mengapa hari ini kita berbicara tentang anti-virus?

ana ingin mengajak kalian semua untuk semak kembali sama ada hati kita ini punyai anti-virus ataupun tidak. Al-maklumlah sekarang ini ramai antara kita sibuk dengan urusan masing-masing. Ada yang nak exam, ada yang sibuk dengan aktivit-aktiviti luar dan macam-macam lagi.

Persoalannya sekarang, bilakah kali terakhir kita meng'update' anti-virus kita?

Adakah hati kita se'sensitive' kaspersky?

Bilakah kali terakhir kita qiyammullail untuk 'online' dengan Allah?

Kita pon sedia maklum bukan satu cara sahaja untuk online. Kadang-kadang kita online guna broadband, pergi ke cyber cafe, lepak di KFC dan macam-macam cara lagi.

Begitu juga dengan hati, nak update hati bukan satu cara sahaja, kita boleh berzikir, membaca Al-Quran, lepak di majlis-majlis ilmu dan juga berpuasa. InsyaAllah cara-cara ini mampu meng'update' anti-virus dalam hati kita agar hati menjadi lebih sensitive untuk menjauhi maksiat.

" Sesungguhnya hati orang beriman itu bila disebut nama Allah bergetarlah
hati mereka, dan bila dibacakan ayat-ayat Allah maka bertambahlah iman mereka
dan hanya kepada Allah mereka bertawakkal" [8:2]

haa...tunggu apa lagi, laptop dah selalu online, hati bila lagi?

-mfr5071-

Wednesday, April 7, 2010

Quran as the supporting document

Rasulullah once said if we hold and follow the quran and sunnah, for sure we will not astray forever. That is why we should be closer to quran and hadith.


but how many pages of quran we recite per day?


how many verse that are in our mind?


how many hadith have us memorize?


or we just live our life by following the flow. we do something because the others do it? and when people ask us to comment on something we just give our opinion base on whatever come out in our mind without refer back to quran and hadith?


lets reflect ourselve and try to improve our relationship with quran and hadith.


if they are busy to find love,

lets us busy to build our iman,


if they are busy to find a couple,

lets us busy to find redha Allah,


if they cry because of the failure in their relationship,

lets us cry becaouse of our sins



-mfr5071-