keep update with us on facebook!

Sunday, April 18, 2010

anti-virus

kita kalau sudah lama tidak online, sudah pasti perkara pertama yang akan kita lakukan bila berpeluang untuk online ialah meng'update' anti-virus agar laptop kita sentiasa berada dalam keadaan yang terjaga.

mengapa hari ini kita berbicara tentang anti-virus?

ana ingin mengajak kalian semua untuk semak kembali sama ada hati kita ini punyai anti-virus ataupun tidak. Al-maklumlah sekarang ini ramai antara kita sibuk dengan urusan masing-masing. Ada yang nak exam, ada yang sibuk dengan aktivit-aktiviti luar dan macam-macam lagi.

Persoalannya sekarang, bilakah kali terakhir kita meng'update' anti-virus kita?

Adakah hati kita se'sensitive' kaspersky?

Bilakah kali terakhir kita qiyammullail untuk 'online' dengan Allah?

Kita pon sedia maklum bukan satu cara sahaja untuk online. Kadang-kadang kita online guna broadband, pergi ke cyber cafe, lepak di KFC dan macam-macam cara lagi.

Begitu juga dengan hati, nak update hati bukan satu cara sahaja, kita boleh berzikir, membaca Al-Quran, lepak di majlis-majlis ilmu dan juga berpuasa. InsyaAllah cara-cara ini mampu meng'update' anti-virus dalam hati kita agar hati menjadi lebih sensitive untuk menjauhi maksiat.

" Sesungguhnya hati orang beriman itu bila disebut nama Allah bergetarlah
hati mereka, dan bila dibacakan ayat-ayat Allah maka bertambahlah iman mereka
dan hanya kepada Allah mereka bertawakkal" [8:2]

haa...tunggu apa lagi, laptop dah selalu online, hati bila lagi?

-mfr5071-

Wednesday, April 7, 2010

Quran as the supporting document

Rasulullah once said if we hold and follow the quran and sunnah, for sure we will not astray forever. That is why we should be closer to quran and hadith.


but how many pages of quran we recite per day?


how many verse that are in our mind?


how many hadith have us memorize?


or we just live our life by following the flow. we do something because the others do it? and when people ask us to comment on something we just give our opinion base on whatever come out in our mind without refer back to quran and hadith?


lets reflect ourselve and try to improve our relationship with quran and hadith.


if they are busy to find love,

lets us busy to build our iman,


if they are busy to find a couple,

lets us busy to find redha Allah,


if they cry because of the failure in their relationship,

lets us cry becaouse of our sins



-mfr5071-





Friday, March 19, 2010

perjalanan diteruskan

hari ini beberapa perkara telah diputuskan. juga beberapa perkara telah diselesaikan. post ini ditulis dengan mood yang serius. kadang-kadang perlu bertegas dengan diri dan tegas dalam membuat keputusan. sesetengah keadaan menuntut cara autokratik.

perjalanan akan diteruskan. Bersyukur kerana Allah memberi sedikit ruang untuk merancang walaupun hasilnya kita belum pasti. Namun setiap perancangan perlukan disiplin yang tinggi. juga kebergantungan kepada Allah tidak sama sekali dilupakan.

kepada rakan-rakan, tak kisah rakan sekolej, rakan sekolah mahupun rakan seaqidah, ana mohon undur diri buat seketika. namun kalau ditakdir untuk selamanya, ana redha.


"tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati,dan bahawasanya pada hari kiamat
sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa yang dijauhkan
dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. dan
(ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan
pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang
terperdaya." [3:185]

sekian.

-mfr5071-

Sunday, February 21, 2010

siapa anda?

anda bangga dengan kecantikan anda,

anda pantas mengenakan fesyen yang mampu menarik perhatian ramai,

anda gah dengan lenggokan dan bicara manja,

anda fikir anda digilai dan dicintai,

sedangkan realitinya di sebalik tabir,

anda dipandang dengan pandangan yang penuh nafsu,

status anda hanya seperti bintang-bintang porno yang lain,

menjadi modal tatkala nafsu sedang meronta dahaga,

didepan anda dipuja, sedangkan di belakang anda hanya bahan gelak tawa,

anda tidak percaya?

terpulang.

-mfr5071-

~bersyukurlah sekiranya sekalian yang melihat anda akan teringat kepada Allah s.w.t

Monday, February 8, 2010

hadith

minat untuk menulis semakin tawar. otak menjadi semakin sempit. namun ku cari sedikit ruang untuk berkongsi sepotong hadith sebagai tatapan saudara seaqidah.

Rasulullah SAW bersabda: “Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari tiada naungan selain naungan-Nya adalah: 1) Pemimpin yang adil, 2) pemuda yang kehidupannya sentiasa beribadah kepada Allah, 3) seorang lelaki yang hatinya bertautan dengan masjid, 4) dua lelaki yang saling cinta mencintai hanya kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana-Nya, 5) seorang lelaki yang dirayu oleh perempuan kaya lagi cantik untuk berzina, kemudian dia berkata: Sesungguhnya Aku takutkan Allah, 6) seorang yang mengeluarkan sedekah secara sembunyi(ikhlas) sehingga tangan kirinya tidak mengetahui, 7) seorang yang bermunajat kepada Allah di tempat sunyi sehingga mengalir air matanya Riwayat Bukhari dan Muslim.

moga kita sentiasa dalam koridor ibadah setiap saat.

tidak perlu risau tentang penyakit fizikal tapi risaulah sekiranya ia penyakit hati. orang yang beruntung hanyalah orang yang apabila kembali kepada Allah dengan hati yang sejahtera.

bersama mengislah diri, berdoa untuk diri dan umat.

-mfr5071-