keep update with us on facebook!

Friday, March 19, 2010

perjalanan diteruskan

hari ini beberapa perkara telah diputuskan. juga beberapa perkara telah diselesaikan. post ini ditulis dengan mood yang serius. kadang-kadang perlu bertegas dengan diri dan tegas dalam membuat keputusan. sesetengah keadaan menuntut cara autokratik.

perjalanan akan diteruskan. Bersyukur kerana Allah memberi sedikit ruang untuk merancang walaupun hasilnya kita belum pasti. Namun setiap perancangan perlukan disiplin yang tinggi. juga kebergantungan kepada Allah tidak sama sekali dilupakan.

kepada rakan-rakan, tak kisah rakan sekolej, rakan sekolah mahupun rakan seaqidah, ana mohon undur diri buat seketika. namun kalau ditakdir untuk selamanya, ana redha.


"tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati,dan bahawasanya pada hari kiamat
sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa yang dijauhkan
dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. dan
(ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan
pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang
terperdaya." [3:185]

sekian.

-mfr5071-

Sunday, February 21, 2010

siapa anda?

anda bangga dengan kecantikan anda,

anda pantas mengenakan fesyen yang mampu menarik perhatian ramai,

anda gah dengan lenggokan dan bicara manja,

anda fikir anda digilai dan dicintai,

sedangkan realitinya di sebalik tabir,

anda dipandang dengan pandangan yang penuh nafsu,

status anda hanya seperti bintang-bintang porno yang lain,

menjadi modal tatkala nafsu sedang meronta dahaga,

didepan anda dipuja, sedangkan di belakang anda hanya bahan gelak tawa,

anda tidak percaya?

terpulang.

-mfr5071-

~bersyukurlah sekiranya sekalian yang melihat anda akan teringat kepada Allah s.w.t

Monday, February 8, 2010

hadith

minat untuk menulis semakin tawar. otak menjadi semakin sempit. namun ku cari sedikit ruang untuk berkongsi sepotong hadith sebagai tatapan saudara seaqidah.

Rasulullah SAW bersabda: “Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari tiada naungan selain naungan-Nya adalah: 1) Pemimpin yang adil, 2) pemuda yang kehidupannya sentiasa beribadah kepada Allah, 3) seorang lelaki yang hatinya bertautan dengan masjid, 4) dua lelaki yang saling cinta mencintai hanya kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana-Nya, 5) seorang lelaki yang dirayu oleh perempuan kaya lagi cantik untuk berzina, kemudian dia berkata: Sesungguhnya Aku takutkan Allah, 6) seorang yang mengeluarkan sedekah secara sembunyi(ikhlas) sehingga tangan kirinya tidak mengetahui, 7) seorang yang bermunajat kepada Allah di tempat sunyi sehingga mengalir air matanya Riwayat Bukhari dan Muslim.

moga kita sentiasa dalam koridor ibadah setiap saat.

tidak perlu risau tentang penyakit fizikal tapi risaulah sekiranya ia penyakit hati. orang yang beruntung hanyalah orang yang apabila kembali kepada Allah dengan hati yang sejahtera.

bersama mengislah diri, berdoa untuk diri dan umat.

-mfr5071-

Friday, January 29, 2010

mari berimaginasi

mari kita duduk sebentar. kosongkan fikiran dan lapangkan dada sambil memuji kebesaran Allah yang tidak pernah mengabaikan kita walaupun sesaat.

cuba kita bayangkan sebuah gelas yang jernih kini dipenuhi habuk kayu seperti yang terdapat di kilang papan. cuba kita masukkan air yang jernih kedalam gelas tersebut sehingga melimpah dan apa yang terjadi? sudah pasti habuk kayu di dalam gelas tersebut telah melimpah keluar dari gelas tersebut dan kini gelas tersebut kelihatan jernih bersih kerana dipenuhi air bersih sahaja.

bagaimana kalau kita gantikan air bersih tadi dengan air longkang yang busuk? sudah pasti gelas tersebut kelihatan jijik dan busuk walaupun habuk kayu tadi telah melimpah keluar.

bagaimana pula kalau kita mendambakan hati yang bersih dan sejahtera sedangakan seharian hidup kita di isi dengan perkara yang sia-sia?

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. [8:2]


sekian.


-mfr5071-

***********

"menarik weekend ini"

assignment
-lab report chemistry
-lab report physics
-p.islam slide presentation
-baca novel okonkwo
-handout physics
-handout math
-broshur ko-Q
-english discussion
-ToK reading
-note bussines

aktiviti
-konvensyen hasan al-bana di uniten
-futsal bersama ikhwah
-mabit di segambut

the things to concern next week
-physics test
-malay test

moga weekend anda efficient wahai faiz....

Wednesday, January 27, 2010

aku dan sekolah

ku curi sedikit masa untuk mencoret sesuatu disini.

kali ini terasa ingin berbicara soal "high performance school" yang baru di senarai pendekkan dalam akhbar-akhbar tempatan kelmarin. 1 million untuk sekolah yang mendapat status ini.

how about my former school?

sains kedah or sms sultan mohamad jiwa tiada dalam senarai. no wonder. in my opinion my former school really not deserve that title.

i come out with this issue after log in facebook for a while because i'm looking for something quite important in my inbox and i can see some of my seniors and juniors discuss about this thing.

i suddenly missing my former school. so far aku dah berhenti update tentang sekolah. nntah la apa yang terjadi kepada sekolah. sometimes i thinking about hockey team but... aku pon ada dengar something yg kurang baik berlaku di sekolah but i have no interest to find more about that.

i wish i'll not step in there anymore for some years but i know i cant do that. yeah...aku still akan balik untuk berbudi but not like myself before. nothing to concern about and i'll just going back there to do my 'job'.

off~

-mfr5071-