keep update with us on facebook!

Sunday, January 20, 2013

Maaf, tak berminat


Aku didekati seorang senior, menawarkan sesuatu yang sangat berat, amanah.

Ditanya sama ada aku berminat utk bertanding pada PRK yang dijangka februari ini. Aku senyum. Aku bukan jenis yang mudah menurut ajakan. Setiap langkah, keputusan, semua difikir masak-masak.

"hg ingat aku berminat nak jadi kuli admin?"

Ringkas, bersahaja tetapi tegas. Meskipun ada pihak yg siap sedia menyokong, membentuk jentera pilihan raya utk sama-sama bergerak kerja, respin aku jelas.

Aku dah nilai struktur perwakilan pelajar, aku dah teliti perlembagaan, aku dah perhati keadaan sekeliling yg berkisar tentang kampus tempat aku belajar ini. Aku tak bodoh.

Sungguh pun aku mengikut rapat perkembangan mahasiswa di malaysia, aku punya idea untuk menambah baik sistem sedia ada tapi kongkongan sedia, tahap pemikiran sedia ada, membuat kan aku simpan semua itu dengan rapi. Lupakan saja.

Hidup perlu teguh pendirian, prinsip kena mantap. Aku bukan lalang, ikut rentak angin, menurut setiap ajakan.

Sesiapa sahaja boleh tampil menawarkan aku itu dan ini, aku nilai, kalau tak selari dengan visi dan misi, aku abai.

Jawapannya mudah, "maaf, aku tak berminat".

Aku nak jadi apa yang aku nak jadi, bukan nak jadi apa yang orang nak aku jadi.

Sekian.

FaizRodzi

1 comment:

Anonymous said...

Si je prends un article entier avec des informations de Wikia, en particulier de script et je le posterai sur mon site, traduisant les infos dans ma langue, est-ce un problème? les scripts de Wikia sont sous copyright ou qch ou il ya une façon, ils pourraient fermer mon site?.