keep update with us on facebook!

Sunday, January 23, 2011

less than 100 days

in the name of Allah, the mighty Allah and the most gracious.

mungkin post kali ini cuma post 'kosong', namun hati tetap berharap sesiapa yang membaca mendapat ibrahnya walau cuma sekelumit.

tertekan. mungkin itu perkataan yang sesuai. ramai yang sedang struggle untuk menepati dealine yang ditetapkan. saya tidak terkecuali namun mungkin tekanan yang berbeza. saya masih ok dengan segala macam tugasan. tidur lambat, bangun awal dan mengeluh 'tension' itu biasa. itu rencahnya. kalau tak da semua tu kuranglah 'ummphh' nya. saya suka dengan rutin seperti itu. semakin sibuk semakin sikit ruang untuk terbazirnya masa.

cuma dalam kesibukan ini, ada perkara yang kurang enak bagi saya. ada cikgu bertanya tentang kehadiran pelajar ke kelas namun tiada jawapan yang dapat diberikan kerana tiada kepastian. bila ditanya adakah kita boleh ikut suka nak ke kelas atau tidak, saya akan kata boleh. 'the choice is yours'. sama macam nak buat maksiat, boleh ke tak? boleh je, buatlah bukan ada siapa nak halang tapi sendiri mau ingatlah, ada malaikat kiri kanan yang menilai.

saya observe semua ini kerana ianya salah satu dari objektif saya terima tawaran ke kmb yang dikatakan kolej tersohor kononnya. saya nak observe macam mana budak-budak 'pandai' ni hidup dan kini saya menuju ke konklusi yang pelik.

nak jadi pandai, belajar kena struggle all out, biar sampai 3 or 4 pagi. bab subuh gajah or terkantoi terus tu cerita lain. nak lagi? herm...letak assignment sebagai priority tambah2 yang contribute percent untuk final, biar tak masuk kelas pun tak pa. kalau tak siap nanti effect final, tak sanggup den, nak fly kot. cukup la kot 2 contoh tu.

sekarang baru saya tahu macam mana nak jadi budak pandai. takut juga kan nak jadi budak pandai. nasib baik saya tak berapa pandai. macam poyo kan statement tu, tapi memang betul pun, sahabat2 yang betul kenal saya mereka tahu saya tak pandai, cuma saya bertuah. justeru saya tidak punya alasan untuk tidak bersyukur.

dulu waktu saya dengan member2 hoki saya ada match dengan satu grup budak sbp, dan saya dicuit. "tu geng2 hang r tu, budak2 pandai, nanti tunggu naik turf kita tengok sapa pandai". saya senyum..lepas tu boleh la tngok aksi budak2 pandai di menganjing atas turf. tu pun masih nak tunjuk ego kononnya mereka masih lagi pandai.

saya harap tiada yang sakit hati dengan post saya kali ini. saya niat nak tegur tapi tak mampu nak tegur dengan lisan. nak tegur pun tiada testimoni yang yakin untuk dipersembahkan. ye la, dengan sikap dalam contoh saya itulah mereka peroleh result gempak2.

akhir kalam, saya nak quote kata2 cikgu saya di sekolah dahulu,

"saya tak kisah pun kalau result spm kamu nanti tak berapa bagus. kalau pun kamu hanya jadi seorang penjual burger, ianya lebih bernilai kalau punya akhlak yang baik dan reti hormat guru. kerja lah apa pun, janji halal dan boleh hidup."

sekadar muhasabah diri.

" ya Allah, andainya kejayaanku dalam IB may nanti punya manfaat untuk Islam, permudahkanlah"

sekian.

-mfr5071-

Friday, January 14, 2011

kempen: 1hari 1juz

in the name of Allah, the most gracious the most merciful.

enrty kali ini bertujuan untuk berkempen. ya, pilihan raya pun tidak lama lagi. kempen membaca al-quran, sehari satu juz. mana tahu kalau-kalau najib melancarkan kempen 1hari 1juz. setiap dari calon parti perlu membaca satu hari satu juz. kan manis gitu!

" antum mesti usaha gerakkan setiap orang disekeliling antum untuk membaca
al-quran. mengikut kajian ustaz dari sirah2 zaman nabi, paling sikit pon satu
juz sehari, 1 juz ni macam silibus utk seorang muslim. tak habis jgn tido. dan
antum sbg penggerak, sehari satu juz, sekali duduk. boleh?"

nah, terlopong kejap saya dibuatnya. mungkin sehari satu juz itu biasa bagi yang biasa (yg pasti bukan saya), tapi statement last tu sedikit berat. sekali duduk? budak ib kot ustaz, betapa egonya hati budak ib.huhu.

" ha..rasa beratkan? rasa berat itulah kotorannya.nak kena sental bagi
habis. berat kerana tak biasa buat. kalau dah hati kotor susah nak buat kerja.
cuba kalau antum basuh baju, basuh sikit tingfal, basuh sikit tinggal, bersih
tak? macam tu juga baca quran, biar sekali baca, biar sampai beri kesan pada
hati. memang rasa berat tapi itu lah nikmat ibadah. nikmat ibadah terletak pada
mujahadah."

kata-kata ustaz hasnan itu cukup memberi kesan. santai sahaja pengisiannya. syukran kpd zaha yang berusaha menjemput ustaz hasnan.

sekarang saya ingin mengajak sekalian pembaca, ayuh suburkan alquran dalam diri kita. usaha dapatkan sehari satu juz walau apa jua halangan. kalau sekali duduk lagi bagus. hidupkan suasana ini walaup dimana jua anda berada. bagi yang di kmb ( kalau ada rakan kmb yang membaca), mari sama-sama turun jemaah subuh then boleh terus baca. sekarang dah ada orang yang sahut kempen ini. so tak lah keseorangan bila membaca.

Di kmb, audio bacaan bacaan alquran sudah mula dipasang pagi dan petang. bagi yang di tempat-tempat lain pula, cuba lah lazimkan memasang audio bacaan alquran di laptop atau radio kereta semasa memandu.

insyaAllah, selamat beramal dan moga Allah terima amalan kita.

-mfr5071-

p/s: malam ni nak berkempen semasa mabit plak, cuma rasa 'segan' bercakap depan budak-budak kmb ni. hebat-hebat belaka. doakan saya. hanya Allah yang mampu 'menyentuh' hati mereka.

Monday, January 3, 2011

promo langit Ilahi V2

in the name of Allah, the most gracious the most merciful.

mungkin para pengunjung tapak pembinaan (ceh mcm famous la sngat blog ni,haha) sudah sedia maklum dengan laman langit Ilahi yang tersenarai pada 'bloglist' di sebelah. cuma hari ini saya ingin membuat promo laman Langit Ilahi yang baru iaitu Langit Ilahi V2 yang InsyAllah akan menggantikan langit ilahi yang sedia ada. apa yang saya sedia maklum, langit ilahi yang lama akan dilupuskan bermula februari.

promo ini bukan promo berbayar, cuma atas inisiatif untuk mengajak rakan-rakan bloggers sama-sama lepak disana dikala waktu senggang. anda perlu mendaftarkan diri disana sebelum dapat menikmati isinya. ianya percuma dan prosesnya lebih mudah dari mendaftar facebook insyaAllah.

kalau dulunya Hilal Asyraf menulis sendirian, kini beliau akan bergandingan bersama dengan 7 sahabat yang lain. dengan itu pengisisan di sana insyaAllah akan menjadi lebih jitu. disini saya sertakan bersama sedikit buah tangan dari sana umpama 'trailer' bagi memancing para pencinta ilmu ke sana.

link ke sana : http://langitilahi.com/

artikel salam perkenalan oleh abu umar:

untuk artikel penuh klik sini

artikel 'who am i' oleh Ameen Misran. untuk artikel penuh klik sini

Who am I?

I’m just an ordinary guy,
I have nothing special for you to buy.

I know I don’t have anything,
but yet I claim I have everything.

I always fulfill my life with sins,
always transgressing bounds with defiant grins.

Before this I was just a tiny ball of flesh without bones,
but yet my heart is harder than stone.

But now, I have to realize that the truth is serene,
I have to wake up and smell the deen.

I have to stand firm, although standing is hard,
my life was a total ignorance before, but now this is my start.

I’m not a scholar or a preacher; I’m just a normal dude who makes mistakes too.
This is me, now, who are you?”

laman lain

antara perkongsian pengalaman yang mengkagumkan saya hari ini, kagum dengan usaha, sedih dengan suasana, moga kita di anugerahkan kekuatan oleh Allah untuk berusaha sehebat mereka atau lebih bagi menghadapi susana tersebut : XPDC dakwah malam tahun baru

lain-lain ialah artikel dr.Maza yang di 'tweet' oleh faqih di twitter cuma ianya panjang lah, perlukan motivasi yang tinggi untuk habiskannya tapi tak sepanjang 'midaq alley'.
: fikrah merentasi dakwah

dalam kekalutan menyiapkan ee, insyaAllah bahan bacaan sebegini boleh serikan suasana buat seketika. cuma bergantung kepada selera anda.

sekian.

-mfr5071-


p/s: review week activity - portfolio stat (data dah cukup). edit EE. midaq alley( halfway. xbwk blk). edit TOK essay( kata nak post x smpai2 pon). bahagia je kn bila list down blk tinggal yg nak edit je. tp 'edit' x semudah yang disangkakan.

IA busman dan world lit dah submit final. cuma rasa ia busman tu nak kena edit blk nnt klau x fulfil expectation pn mawarzah.

CAS: hour x ckup lg rsanya. approval letter as hockey coach dh dpt. tp klau claim kasukma dah ckup malas r nk claim yg hockey ni. proses scanning smua tu masih blum d buat. pendek kata cuti ni saya tak buat apa sangat pun. ee pon edit skit ja. novel habislah baca. just read as bedtime story. nmpak sangat tdo bnyak. boleh abih 2 novel.

Saturday, January 1, 2011

sepak mula 2011

in the name of Allah the most gracious the most merciful.

rata-rata bloggers tulis perihal tahun baru. sama juga suasananya di twitter. sambutan tahun baru? entah la, di kawasan rumah saya tiada bunga api, konsert cowndown dan sebagainya. mungkin ada orang kata bosan gila kedah tapi saya ok saja.

kerajaan negeri prefer sambut tahun baru dengan forum perdana di gurun, kedah. namun begitu saya yakin malam ini skuad pencegah maksiat tidak tidur lena. memetik tweet dari senior saya, "kondom laris, sold out". maaf kalau saya memetik tweet yang menjelikkan. cuma ingin menggmbarkan realiti. mungkin itu sekadar jenaka. ya, mungkin.

ramai berkobar-kobar melangkah ke tahun 2011, dengan seribu macam resolusi. sama juga saya, cuma itu tahun sebelumnya. rekod 2010, saya cabul resolusi saya sebaik hari pertama. justeru tahun ini tiada senarai resolusi.

bak kata orang sukan bila menjelang musim baru, " kita tackle game by game".

sama juga saya bagi 2011, akan cuba tackle situation by situation. pendekatan ini berikutan program ib yang diluar jangkaan dan cabarannya kadang kala di luar kotak fikiran. saya sendiri masih belum jelas ke mana arah tuju saya tahun hadapan. mungkin akan lebih jelas menjelang july. namun punya dua cabang. kita tunggu dan lihat. i would say both are great.

secara realitinya kita tak akan selalu dapat apa yang kita suka, so kita perlu belajar untuk suka apa yang kita dapat.

" there is no secret ingredient, you just have to believe"

-mfr5071-